Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 24, 2024 @ 5:21pm

“Taasub Nak Tayang Body Sangat” – Netizen Bitter Aedy Ashraf Tunggang Moto Tanpa Pakai Baju

Pelakon popular, Aedy Ashraf mencuri perhatian selepas dia berkongsi sepotong video pendek di Instagram miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan, Aedy kelihatan bersama-sama rakannya termasuklah pelakon, Amir Ahnaf yang dilihat terlibat dalam acara larian yang dipanggil Challo Run yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, tindakan aktor tersebut yang tampil tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar pendek sambil menunggang motosikal menerima respons negatif dalam kalangan netizen.

Menurut netizen di ruangan balas hantaran berkenaan, aurat adalah kewajipan yang harus dijaga tidak kiralah bagi kaum lelaki mahupun perempuan.

Namun begitu, terdapat segelintir dalam kalangan pengikut Aedy yang memuji bentuk badan pelakon drama rantaian popular ‘Budak Tebing’ itu  yang disifatkan sebagai seksi.

Enggan mengambil pusing dengan komen yang ditinggalkan, Aedy bagaimanapun masih tidak memberikan apa-apa respons terhadap hantaran dan teguran yang diberikan.

Malah, kelihatan seronok menghabiskan masanya bersama rakan-rakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

Featured Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Hubungan Dua Tahun Bermasalah? Intan Terkejut Kenyataan Ude

Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

Featured Fri, 4 Jul 2025

“Bila Kahwin Kita Bukan Hanya Jadi Isteri Atau Suami, Tetapi…” – Neelofa Kongsi Perspektif Rumah Tangga

Kongsi Neelofa, perkahwinan adalah medan latihan paling konsisten dan paling jujur.

Trending Sat, 31 Aug 2019

Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Kena Denda RM2,800

Mungkin kena tukar nama kot supaya tak ‘nakal’ lagi

Hiburan Mon, 15 Dec 2025

Didakwa Pamer Muka ‘Subtitle’, Sarimah Ibrahim Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Sarimah Ibrahim perjelas baju terasa berat, rasa haus nafi buat muka subtitle

error: Content is protected !!