Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 16, 2020 @ 8:00pm

Jom lari dalam rumah, barulah sihat dan cergas!

Perintah Kawalan Pergerakan tidak membataskan seseorang itu untuk melakukan aktiviti kecergasan. Bagi yang gemar dengan aktiviti berlari, pasti merindui untuk melakukan aktiviti itu di luar rumah.

Bagaimanapun, dalam tempoh PKP, berlari dalam rumah adalah pilihan popular ketika ini dan mereka yang tidak mempunyai mesin treadmill memiliki alternatif lain dengan berlari sekeliling halaman rumah, parkir kereta atau pun ruang tamu.

lari dalam rumah PKP

Kredit gambar: Chron

Anda boleh memulakan dengan berlari pada jarak larian serendah satu kilometer diikuti dua dan tiga kilometer. Anda boleh meningkatkan jarak larian mengikut pada tahap keupayaan diri.

Kebiasaannya, jarak larian dua hingga tiga kilometer hanya mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit sahaja. Seperti yang diketahui, jarak larian di dalam rumah juga adalah pendek kerana ruangnya yang terhad kira-kita sekitar 0.05 kilometer satu pusingan.

Oleh itu, anda perlu berlari kira-kira 100 pusingan untuk melengkapkan jarak lima kilometer.

Berlari dalam rumah juga memerlukan persekitaran yang selamat. Pastikan tiada mainan atau barang lain yang berselerak untuk mengelakkan sebarang kecederaan jika memijaknya. Anda juga perlu melakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan larian.

Oleh itu, apa tunggu lagi, jom berlari dalam rumah kerana berlari mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk kesihatan antaranya mampu menurunkan berat badan, mengurangkan risiko strok, menguatkan paru-paru, melambatkan penuaan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

Featured Fri, 13 Jan 2023
Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Tue, 14 Oct 2025

Kongsi Momen ‘Majlis Mitoni’ Ikut Tradisi Jawa, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon jelita, Siti Saleha berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Featured Mon, 28 Jul 2025

Penuh Aura! Selepas 7 Tahun, Sheila On 7 Kembali Hangatkan Pentas Latihan Pestapora Malaysia

Latihan Pestapora Malaysia 2025 disambut meriah peminat dua buah negara.

error: Content is protected !!