Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2022 @ 8:27am

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Pernah trending di YouTube Malaysia dengan alunan suaranya di dalam cover Hanya Rindu versi bahasa Arab, bakat baru naungan Tarbiah Sentap Records, Syed Salahuddin mula dikenali dalam kalangan peminat irama nasyid di nusantara.

Syed yang sebelum ini sering menyanyikan lagu-lagu cover ke dalam versi bahasa Arab telah berjaya memikat hati para pendengar hingga mendapat liputan pihak media dari Indonesia.

Terbaharu, pemuda kacukan Arab dan Melayu itu kini muncul dengan single perdana berjudul Iktiraf yang baru sahaja dilancarkan.

Menurut Syed, Iktiraf memiliki keunikannya tersendiri kerana ia bukan hanya diolah dari sebuah syair arab tradisional tetapi ia turut disulam bersama doa-doa amalan para ulamak dan para Nabi.

“Pada saya keunikan Iktiraf terletak pada bait liriknya. Kita himpunkan beberapa doa dan juga syair, yang mana semuanya digabungkan di dalam satu lagu.

“Lirik pada rangkap awal Iktiraf ini diolah dari doa yang diajarkan oleh seorang ulama’ bernama Syeikh Mutawalli Sya’rawi, kemudian doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW dimasukkan dalam rangkap yang seterusnya.

“Doa taubat yang pernah dilafazkan Nabi Adam AS saat diusir dari Syurga juga ada diselitkan dalam lagu ini.

“Pendek kata, siapa yang hafal lirik lagu ni, sekaligus dia dah hafal maksud beberapa doa taubat,” katanya.

Menerusi lagu ini juga, Syed cuba membawakan kelainan di dalam penyampaian lagu tersebut berbeza dari artis-artis Tarbiah Sentap lain, dengan menerapkan gaya lenggok irama Melayu dan Arab.

Biarpun Syed baru sahaja memiliki single pertama, penyanyi yang berasal dari Ipoh, Perak itu bukanlah individu yang asing di dalam industri muzik.

Graduan Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar itu pernah dilamar oleh syarikat Awakening Records untuk membantu menyiapkan album Maher Zain ketika beliau masih bergelar mahasiswa Al-Azhar.

“Sebelum ini saya pernah diberikan peluang untuk berkerjasama dengan Awakening Records bagi menyiapkan rakaman suara latar dua album vocal only Maher Zain dengan bantuan artis popular Mesir, Hamza Namira. Proses merakamkan suara latar dua album tu mengambil masa kira-kira dua bulan.

“Alhamdulillah, itu satu pengalaman yang sangat menarik dan banyak saya belajar pada masa tu dari segi cara kerja mereka dan proses kerja-kerja rakaman yang mereka buat.

“Pengalaman sepanjang dua bulan itu sedikit sebanyak membantu dalam membina keupayaan sebagai penyanyi nasyid dan pendakwah dalam dunia seni,” katanya lagi.

Bagi anda yang ingin mendengarkan lagu Iktiraf, video muzik karya tersebut kini boleh ditonton di saluran rasmi YouTube Tarbiah Sentap dan sedia dimainkan di semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 7 Apr 2023

7-Eleven Teruskan Inisiatif Semurni Kasih Sempena Ramadan, Lantik Aqil & Akiddos Sebagai Duta

7-Eleven teruskan usaha murni menerusi kempen Semurni Kasih 2023

Hiburan Thu, 29 Aug 2024

“Ramai Lagi Artis Senior Layak Terima Gelaran Datuk” – Erra Fazira

Apapun Erra Fazira tetap Primadona Malaysia ❤️❤️

Events Fri, 11 Mar 2022
Hiburan Sat, 9 Nov 2024

Jualan Tiket Tak Dapat Sambutan, Penganjur Batalkan Konsert Sulung Aisha Retno Malam Sutera

Tiket tak laku, Konsert Aisha Retno Malam Sutera dibatalkan

Events Fri, 26 Aug 2022

Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!

Penyanyi muda yang berbakat besar! Semoga Sophia Zuhri terus sukses ❤️

Featured Wed, 15 Apr 2026

Akui Kenyataan Isu Curang Kasar, Dayana Roza Harap Golongan Lelaki Jangan Normalisasi Aniaya Pasangan – “Tengok Muka Anak Kalau Rasa Nak Curang”

Dayana Roza mengakui kenyataannya sebelum ini mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga kedengaran agak kasar.

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Ini Bukan Lelaki, Ini Binatang!” – Sarimah Ibrahim Berang Kes Wanita Hamil Anak Kembar Teruk Dipukul Suami

Sarimah dengan tegas mengkritik perbuatan tersebut yang disifatkannya sebagai langsung tidak berperikemanusiaan.

error: Content is protected !!