Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 23, 2022 @ 2:03pm

Viral Kisah Kakak Rider Bersama Anak OKU, Ebit Lew Tampil Beri Bantuan

Baru-baru ini viral mengenai kisah seorang penghantar makanan yang terpaksa membawa anaknya yang cacat penglihatan ketika bekerja.

Kakak ‘rider’ yang dikenali sebagai Puan Azimah dilihat menggendong anaknya, Ainul yang berusia 5 tahun itu menggunakan baby carrier ketika menghantar makanan.

Menurut UEL menerusi laman sosial miliknya, Puan Azimah sebelum ini pernah memohon untuk mendapatkan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) namun rezeki belum berpihak padanya. Malah, motor yang digunakan untuk mencari rezeki juga masih belum dibayar sepenuhnya.

“Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang oku cacat penglihatan.

“Pergi kemana-mana ambil order dan hantar dengan anak kecilnya. Katanya dah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan.

“Kakak ni mohon rumah ppr belum rezeki katanya. Motor pun masih berhutang,” katanya.

“Tak perlu bayar, kerana kami bayarkan…”

Prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh ibu tunggal ini, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) tampil menghulurkan bantuan.

Termasuklah membelikan Azimah dan anak baju raya beserta barang keperluan rumah seperti peti ais, mesin basuh, periuk nasi elektrik, almari dan tilam.

“Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan.

“Belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais mesin basuh dan rice cooker. Begitu juga dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur Allah beri rezeki begini padanya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 May 2018

Meghan Markle Sahkan Bapanya Tak Hadir Perkahwinan Diraja

Tahniah Megan Markle dan Putera Harry diatas perkahwinan.

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Kesan Negatif Gajet Terhadap Kanak-kanak

Kuasa gajet terhadap kanak-kanak yang melanda ketika ini bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah sudah menjadi isu global. Rata-rata ibu bapa berasa bimbang terhadap isu ini, namun dek kesibukan terhadap rutin seharian, ada juga […]

Trending Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Sun, 15 Dec 2019
Featured Tue, 7 Jan 2020
Trending Fri, 24 Jul 2020
Trending Wed, 28 Oct 2020

Pasangan Suami Isteri Yang Terpisah Akibat PKPB Dibenarkan Merentas Negeri

Buat pasangan suami isteri yang terpisah tu, kena patuh SOP juga okay!

Hiburan Tue, 24 Sep 2024

Dibebaskan Sementara, Mahkamah Tinggi Menetapkan 5 November Sebutan Semula Pelupusan Kes Rogol Da’i Syed

Pendakwah bebas, Da’i Syed dilepaskan atas jaminan sementara menunggu Mahkamah menetapkan pelupusan kes rogol

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
error: Content is protected !!