Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 18, 2026 @ 10:38am

Tonton Non Stop, On Top! Tawar Hadiah Lebih RM700,000, Strim Drama & Menang Kereta Baharu

Platform penstriman Tonton tampil dengan kempen ganjaran terbesar pernah dianjurkannya menerusi Tonton Non Stop, On Top! yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000 termasuk kereta baharu, telefon pintar dan baucar tunai hanya dengan menonton drama kegemaran anda! Tonton Non Stop, On Top!

Kempen yang berlangsung bermula 15 Jun hingga 9 Ogos 2026 itu memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata dengan menonton kandungan terpilih di platform Tonton sebelum menebusnya dengan peluang memenangi pelbagai hadiah lumayan.

Hadiah Utama

Pelbagai hadiah yang pastinya menjadi idaman ramai menanti! Antara yang ditawarkan termasuk sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo dan dua buah TQ Wuling Bingo EV.

Turut menjadi rebutan ialah 70 unit telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.

298 Pemenang Dicari Setiap Dua Minggu

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, seramai 298 pemenang akan diumumkan pada setiap kitaran dua minggu, merangkumi kategori Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas.

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta untuk menang, kutipan mata dan kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada setiap penghujung kitaran dua minggu.

Pemenang Hadiah Utama dan Naib Johan terdahulu tidak layak memenangi hadiah utama yang sama pada pusingan seterusnya, namun masih berpeluang memenangi Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas sepanjang kempen berlangsung.

Untuk menyertai kempen tersebut, pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan sebelum mula mengumpul mata melalui tontonan drama dan kandungan yang ditetapkan.

Semakin lama masa yang diluangkan untuk menonton, semakin tinggi peluang peserta memperkukuhkan kedudukan dalam carta dan membawa pulang hadiah menarik yang ditawarkan.

Selain memperoleh mata menerusi aktiviti penstriman, pengguna juga boleh menambah kutipan mata tanpa had melalui pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga atau rakan.

Setiap hadiah langganan selama tiga bulan menawarkan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan pula memberikan 400 mata bonus kepada pengguna.

Tidak ketinggalan, Tonton turut memperkenalkan Turboost, iaitu sistem gandaan mata khas yang berlangsung setiap hujung minggu. Di mana pengguna yang menstrim kandungan terpilih pada hari Sabtu dan Ahad akan menerima mata berganda secara automatik sekali gus membantu mereka melonjak lebih pantas dalam carta kedudukan.

Orang ramai kini boleh bersedia untuk menyertai Tonton Non Stop, On Top! dengan memuat turun aplikasi Tonton atau melayari tonton.com.my , mendaftar atau log masuk ke akaun masing-masing dan mula menstrim kandungan terpilih mulai 15 Jun ini.

Lagi banyak program yang ditonton, lagi cerah peluang untuk mendaki carta peserta dan muncul sebagai antara pemenang bertuah!

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Apr 2024
Featured Tue, 9 May 2023
Featured Wed, 11 May 2022
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Farid Kamil Pulang Ke Kampung, Kenapa?

Farid Kamil pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran

Hiburan Sun, 5 May 2019

Anak Tak Pegang Handphone Sendiri, Nabil Tak Kisah Dilabel Kolot!

Kalau nak tengok di laptop, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Itu pun sekejap sahaja. Hari Isnin-Jumaat, mereka perlu fokus dengan pelajaran

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Suara Sumbang Ke Apa, Yang Penting Rajin” – Sharifah Shahirah Beri Semangat Pada Auddra & Airra

Shahirah atau mesra disapa Shiera menasihatkan anak-anaknya agar terus berusaha

Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Wed, 21 Jan 2026

Tular Didakwa Kahwin Dengan Gabenor Acheh, Vie Shantie Khan Perjelas Status Perkahwinan

Spekulasi mengenai penularan berita perkahwinan Gabenor Acheh, Muzakir Manaf dan usahawan, Vie Shanti Khan menyorot perhatian warganet.

error: Content is protected !!