Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2024 @ 2:37pm

“Bila Batas Pergaulan Tidak Dijaga, Mudah Syaitan Buat Kerja” – Ulas Isu Curang, Zara Zya Titip Pesanan… Minta Individu Jaga Ikhtilat

Kontroversi mengenai keretakan rumah tangga akibat wujudnya pihak ketiga atau penyondol seakan tidak berkesudahan, apatah lagi isu itu kini dianggap sebagai mampu menjatuhkan maruah agama.

Susulan hal demikian, pelakon Zara Zya atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, tampil memberikan pendapatnya, bahawa pentingnya bagi setiap individu untuk menjaga ikhtilat (pergaulan).

Menurutnya, individu tidak seharusnya terlalu cepat membuka ruang untuk bermesra atas niat sekadar berkawan, kerana tindakan tersebut membolehkan seseorang individu  itu ‘jatuh cinta’ setiap hari.

“Sebab itu pentingnya untuk kit amenjaga ikhtilat. Kalau tidak kau akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.

“Jangan terlalu cepat membuka ruang bermesra atas niat sekadar berkawan yang berlainan jantina. Bila batas pergaulan tidak dijaga, mudah syaitan datang buat kerja,” ulasnya.

Sementara itu, Zara beranggapan bahawa kes curang melibatkan setiap pasangan adalah atas pilihan masing-masing sama ada menjadikan curang itu sebagai takdir atau pilihan yang dipilih.

“Pilihan ditangan sendiri, sama ada mahu jadikan curang itu sebagai takdir atau pilihan yang dipilih,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zara menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Pengsan Akibat Vertigo, Fizo Omar Sahkan Punca Selepas Menjalani MRI

Allahu risaunya nasib bukan masa drive ke, pegang anak ke

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

Tiket ‘Laku Keras’, Konsert BLACKPINK Tambah Sehari Lagi

Jangan lepaskan peluang lagi tau! Jom dapatkan tiket segera di www.mccpiepro.com.

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Pelakon Veteran Siri Baba Nyonya Meninggal Dunia

Menurut isteri, Fern Loo, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Hiburan Thu, 26 Dec 2024
error: Content is protected !!