Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 31, 2024 @ 11:16am

Pengsan Akibat Vertigo, Fizo Omar Sahkan Punca Selepas Menjalani MRI

Pelakon Fizo Omar memaklumkan penyakit resdung yang dihidapnya merupakan punca dia mengalami vertigo sehingga pengsan, baru-baru ini.

Menerusi hantarannya di Instagram, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar mengesahkan perkara tersebut selepas menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI).

“Selepas dibenarkan keluar dari hospital akibat vertigo tempoh hari, sekarang saya masih lagi dalam proses pemulihan. Tapi alhamdulillah sudah boleh bekerja.

“Apa yang perlu saya lakukan adalah senaman tertentu boleh dipanggil fisio juga dan masih ambil ubat-ubatan. Saya juga berjumpa pakar untuk faham apa itu vertigo, kenapa berlaku kepada saya.

“Bila jumpa dan buat imbasan MRI dan dapati untuk kes saya, puncanya adalah resdung. Saya memang ada penyakit resdung yang teruk. Disebabkan itulah saya terkena vertigo,” katanya.

Selain itu, dia berharap perkongsiannya memberi kesedaran terutama kepada sesiapa yang mempunyai masalah resdung.

“Ia boleh sebabkan vertigo serta masalah lain kerana anggap remeh. Apapun, resdung saya tidak ketara, tak naik jerawat di muka atau simptom lain. Tapi saya tak selesa kalau bernafas, hidung saya tersumbat.

“Ingatkan saya cuma selsema. Rupanya saya ada resdung yang serius. Kepada yang ada simptom resdung, tolonglah pergi buat pemeriksaan ataupun selesaikan masalah itu dengan ubat-ubatan. Kesannya teruk kalau berada di tahap lebih serius,” jelasnya.

Terdahulu, Fizo pernah mengalami insiden terhantuk pada objek keras sebelum ini yang mana mungkin menjadi punca kepada masalah vertigo yang dialaminya.

Pada 18 Januari lalu, dia juga terpaksa dikecualikan daripada mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O kerana pengsan akibat vertigo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Dituduh Playboy, Shahir Mahu Bersemuka Dengan Tukang Fitnah

Semoga pasangan ini dapat melalui onak ranjau ketik bercinta ni…kami di XTRA doakan agar pasangan ini cepat kahwin. Insya Allah…

Featured Thu, 23 Oct 2025

Betty Rahmad Beri Teguran ‘Makan Dalam’ – “Takut Anak Kena Buli Tapi Mak Bapak Sakan Buli Orang Di Media Sosial”

Betty Rahmad menegur tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Featured Tue, 12 Aug 2025

“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

Katanya, sebagai seorang isteri, adalah tanggung jawab untuk menghargai setiap pengorbanan suami.

Hiburan Tue, 4 Apr 2023
error: Content is protected !!