Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Attiqah Mohd January 16, 2021 @ 2:00pm

Kreatif! Inovasi Pelitup Muka Berkonsepkan “Lanyard” Punyai Keunikan Tersendiri

Pembudayaan pemakaian pelitup muka menjadi suatu norma baru dalam kalangan masyarakat ketika seluruh dunia berdepan dengan pandemik Covid-19.

Walaupun pelbagai jenis pelitup muka yang dijual di pasaran, namun inovasi  pelitup muka yang berkonsepkan “lanyard” ini dilihat mempunyai  keunikan yang tersendiri.

Foto: Airen Official
Foto : Airen Official

Menariknya, pelitup muka fabrik ini  dilengkapi dengan adjustable stopper, elastic strap serta headloop yang membolehkan ia dilaras mengikut kesesuaian kepala, selain daripada memudahkan orang ramai terutama wanita berhijab untuk menggayakannya.

Membudayakan pemakaian face mask dengan nilai ‘Airen’ – “Sayangkan Orang” 

Pada awalnya, pereka fesyen, Khairin Afina dan usahawan muda, Muhammad  Khair  hanya menggunakan modal sendiri untuk menghasilkan 300  fabric mask namun ternyata sambutan yang diterima cukup menggalakkan sehingga mereka mampu menghasilkan ribuan produk .

Mereka juga turut menguruskan perniagaan dengan hanya lima tenaga kerja yang kesemuanya terdiri daripada golongan belia.

Walaupun masih baru berkecimpung dalam bidang fesyen, mereka berharap untuk  memperkasakan industri fesyen dan menjadi inspirasi kepada warga belia untuk terus percaya kepada impian dan minat masing- masing.

Foto: Airen Official
Foto: Airen Official

“Nama Airen berasal daripada bahasa Mandarin (Ai – Sayang, Ren – Orang). Kami ingin menggalakkan orang awam untuk memakai Fabric Mask dengan nilai Airen yang diterapkan – iaitu nilai “Sayangkan Orang”.

“Kalau kita membudayakan pemakaian Mask, kita juga dapat membantu dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 serta dapat memelihara keselamatan bersama” ,  jelas Muhammad Khair. 

Untuk info lanjut, anda boleh layari Instagram Airen Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Apr 2025

Rika Riana Tempuh Liku Emosi Demi Lagu ‘Harus Begini Jadinya’

Harus Begini Jadinya sarat emosi Rika RIana

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

“Diam Tak Bermakna Saya Boleh Dibuli, Kita Ada Undang-Undang” – Pernah Digelar S*ndal, Amira Othman Kesal Buli Siber Makin Melampau

Amira mengakui dia tidak terlalu mengambil tahu apa yang diperkatakan di platform Threads

Trending Wed, 19 Dec 2018

BTS Nak Datang Malaysia Tak Lama Lagi. Yeay!

Mesti anda rasa tak sabar kan?

Trending Fri, 24 Jan 2025

“Tak Payah Cari Publisiti Murahan Guna Anak Orang, Busuk!” – Rita Rudaini

ibu tunggal anak dua itu menegaskan dia tidak akan lupa perbuatan individu tersebut terhadapnya.

Trending Wed, 26 Aug 2020

Meriahkan Hujung Minggu Anda Dengan Jom Heboh Di Rumah Pada 29 & 30 Ini!

Jangan lupa bersama meriahkan Jom Heboh Di Rumah okay!

Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Featured Wed, 23 Nov 2022
Trending Wed, 15 Jul 2020

Denda RM 150,000 & Penjara 20 Tahun Untuk Pemandu Mabuk Bakal Dilaksanakan?

Denda sehingga RM150,000 dan penjara sehingga 20 tahun bakal dikenakan kepada pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri […]

error: Content is protected !!