Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2025 @ 12:23pm

Rika Riana Tempuh Liku Emosi Demi Lagu ‘Harus Begini Jadinya’

Bukan mudah untuk menyampaikan lagu yang penuh emosi, tapi itulah cabaran besar yang berjaya ditempuhi penyanyi muda berbakat besar, Rika Riana menerusi single terbarunya, Harus Begini Jadinya.

Menurut Rika, 25, sepanjang proses rakaman lagu ini, dia benar-benar diuji dari segi emosi dan penghayatan.

“Harus Begini Jadinya bukan sekadar lagu cinta biasa. Ia tentang belajar melepaskan sesuatu yang kita sayang, walaupun dah buat macam-macam untuk pertahankan. Kalau dah bukan milik kita, akhirnya kena reda juga,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja bersama komposer sepenuhnya lagu Harus Begini Jadinya iaitu Ajai, Rika menganggap ia sebagai satu pencapaian peribadi yang bermakna.

“Sejak kecil, saya memang dengar banyak lagu hasil ciptaan Abang Ajai. Jadi, bila dapat peluang ini, rasa macam mimpi jadi kenyataan,” kongsi penyanyi berbakat dari Keningau, Sabah ini.

Tambah Rika lagi, sepanjang rakaman, Ajai sangat menekankan soal penghayatan.

“Setiap lirik kena betul-betul difahami dan dirasai. Abang Ajai ajar saya supaya tak sekadar menyanyi, tapi bercerita melalui suara,” jelas Rika.

Semasa penggambaran muzik video (MV), hujan lebat tiba-tiba mengganggu rancangan asal mereka dimana MV yang sepatutnya dirakam di kawasan terbuka akhirnya terpaksa dialihkan ke lokasi indoor.

“Tapi walaupun hanya berlatarbelakangkan bilik dan ruang tamu, kami tetap berjaya tonjolkan mood yang diperlukan. Kadang-kadang, dalam kesederhanaan itulah emosi lebih terasa,” katanya lagi.

Dengan konsep minimalis dan fokus pada emosi, MV Harus Begini Jadinya membawa penonton menyelami kisah kehilangan dan penerimaan dengan penuh jujur.

Rika meletakkan harapan besar untuk tahun 2025, bermula dengan pelancaran single ini.

“Saya berharap lagu ini dapat buka lebih banyak peluang dan bawa saya lebih jauh dalam dunia muzik,” katanya.

Harus Begini Jadinya sudah boleh didengarkan di semua platform digital bermula 18 April, manakala muzik videonya boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Hiburan Wed, 5 Jul 2023

Janna Nick Mahu Anak Zodiak Libra

Wahhhh! Siapa zodiak dia Libra kat sini?

Trending Thu, 18 Oct 2018

Hyundai BHS 7999 Dicari, Keluarga Mohon Orang Ramai Beri Kerjasama

Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.

Trending Tue, 30 Jul 2019

17 Maut, Pesawat Tentera Pakistan Terhempas

Pesawat Dilaporkan Terhempas Di Kawasan Perumahan

Trending Mon, 3 Jan 2022

Isu Saman Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Mohon Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Sam Samin atau nama sebenarnya, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan Aida G atau nama sebenarnya, Razidah Ahmad, 42, selaku defendan keempat dan kelima dalam kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana yang menuntut RM2.5 juta sebagai […]

Hiburan Tue, 17 Oct 2023

“Biar Masa & Jodoh Menentukan…” – Shila Amzah Bakal Jumpa Ibu Selepas Isu ‘Panas’ Reda

Apa-apa yang jadi pun tetap ibu kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan Shila

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

Kebiasaannya, kami menyediakan khemah untuk sanak-saudara dan peminat yang datang beraya. Hari raya kedua dan ketiga pun rumah nenek masih penuh dengan tetamu.

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!