Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 25, 2025 @ 6:23pm

Fattah Amin Beri Respons Dakwaan Dibayar Jutaan Ringgit, Bersyukur Rezeki Makin Murah

Pelakon popular Fattah Amin enggan memberikan komen lanjut mengenai dakwaan kononnya dia menerima bayaran mencecah jutaan ringgit untuk dilantik sebagai duta.

Menurut Fattah, perkara yang melibatkan bayaran adalah hal peribadi dan kebiasaannya diuruskan sepenuhnya oleh pengurusnya.

Baru sahaja dilantik menjadi wajah bagi produk minuman tenaga jenama Orang Kampung (OK), bapa kepada seorang cahaya mata itu menegaskan keutamaannya adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai duta dengan sebaik mungkin, tanpa terlalu mempersoalkan soal bayaran.

“Maaf, saya tiada komen mengenai soalan itu kerana hal melibatkan pembabitan jenama memang akan dijaga oleh pihak pengurusan saya. Selalunya pengurus saya yang akan berurusan dengan client. Tugas saya hanyalah untuk memastikan setiap tawaran yang diberikan itu dibuat dengan sebaiknya mengikut kadar harga yang sesuai.

“Apa yang saya boleh cakap, kalau nak komen lebih pun bahaya, sebab soal bayaran ini terlalu privasi. Cuma nak jelaskan tak semua tawaran saya jadi duta, ada yang mengikut projek untuk tempoh tertentu seperti tiga bulan, enam bulan atau setahun. Apapun, saya bersyukur rezeki semakin murah, Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan OK, Datuk Habibul Ajmi Datuk Haji Manggar menyifatkan nilai pelaburan terhadap Fattah sebagai berbaloi dan bersesuaian dengan imej serta personalitinya yang bersih dan disenangi ramai.

Katanya, walaupun wujud spekulasi mengenai jumlah bayaran, pihak syarikat selesa dengan keputusan tersebut kerana yakin Fattah dapat membawa impak positif terhadap jenama yang telah bertapak selama lebih dua dekad itu.

“Khabar angin hanya sekadar gosip yang akan terus berlegar, tapi apa yang boleh saya katakan Fattah mempunyai imej yang sangat baik. Jadi saya rasa mesti ada nilai yang perlu pihak kami belanjakan.

“Ia sesuai dengan personaliti dan imej yang dia bawakan selama ini. Nak kata terlalu mahal pun tidak, nak kata terlalu murah pun tidak. Cuma Fattah ini senang diajak berbincang, jadi senang kami nak berurusan soal harga. Nak ‘reveal’ lebih-lebih pun tak boleh,” katanya.

Pelantikan Fattah sebagai duta juga merupakan sebahagian daripada pelan strategik jangka panjang syarikat untuk memperkukuh lagi kedudukan jenama Orang Kampung di pasaran domestik dan antarabangsa.

Dengan karakter Fattah yang aktif, berdisiplin dan menjaga reputasi, dia dilihat sebagai wajah ideal bagi mewakili jenama herba tempatan itu. Selain itu, syarikat turut percaya pengaruh Fattah mampu menarik perhatian pembeli wanita iaitu antara kumpulan pengguna paling berpotensi di pasaran.

Sebagai simbolik kerjasama, OK Group turut memperkenalkan varian edisi khas KF Limited Edition khusus untuk wanita dengan rekaan pembungkusan eksklusif. Ia boleh didapati di beberapa lokasi terpilih termasuk stesen minyak PETRONAS Mesra, pasar raya Mydin dan pelbagai platform e-dagang.

Setakat ini, jenama OK menawarkan tiga varian utama iaitu KF yang diformulasikan khas untuk wanita, Longjack yang sesuai untuk lelaki dan wanita bagi meningkatkan stamina dan fokus, serta Longjack X, pilihan baharu yang direka khusus bagi mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan memerlukan tenaga yang lebih tinggi.

Selepas menembusi pasaran luar seperti Singapura dan Brunei, syarikat kini menyasarkan pasaran Eropah, khususnya dalam kalangan komuniti Asia Tenggara di sana serta pengguna yang mengutamakan produk tenaga berasaskan bahan semula jadi. Beberapa rundingan sedang berlangsung bersama rakan dagang dan pengedar luar negara bagi merealisasikan pelan pengembangan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Sep 2019

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Kurangkan akitiviti diluar dan pastikan selalu berhati-hati kerana masih lagi berkeliaran.

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

“Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland” – Fattah Amin

Fattah Amin tampil lerai spekulasi muat naik video Fatima mesra berbual dengan nenda

Trending Wed, 6 Oct 2021

“Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa, 32, masih berteka-teki mengenai status kehamilannya. Biarpun dikatakan sedang sarat hamil, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor tidak mengesahkan atau mengiyakan perkara terbabit. “Soalan tentang perkara terbabit adalah […]

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Fasha Sandha Buka Mulut Tentang Kahwin

Ibu kepada dua anak ini juga memberitahu dia perlukan sedikit masa untuk terus mengenali hati budi Aidil dan juga keluarganya.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Authorities Can Track You Down Just for Watching Porn

They might be watching us while we fap :O

error: Content is protected !!