Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 6, 2021 @ 5:41pm

“Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa, 32, masih berteka-teki mengenai status
kehamilannya.

Biarpun dikatakan sedang sarat hamil, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor tidak mengesahkan atau mengiyakan perkara terbabit.

“Soalan tentang perkara terbabit adalah sedikit sensitif. Sesetengah orang ada alasan tersendiri untuk tidak menjawab atau menjawab soalan tersebut.

“Kalau benarlah desas-desus itu betul atau pun tidak, saya akan menanti masa yang sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai kerana jika ada berita gembira yang kita mahu dengar, pasti kita mahu doa orang ramai, betul tak?

“Kalau rakan-rakan artis yang lain, jika mereka turut dapat berita yang sama, pastinya mereka menanti saat yang tepat untuk dikongsikan. Insya-Allah jika saya ada berita gembira itu, pada masa yang tepat, mesti saya kongsikan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Memahami situasi peminat yang teruja dengan desas-desus terbabit, Neelofa yang mendirikan rumah tangga dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu memohon doa yang baik-baik daripada peminatnya.

“Kita faham ada yang teruja, perkara itu membuatkan orang tertunggu-tunggu. Tetapi, saya bayangkan, ia juga agak memberikan tekanan.

“Cuba bayangkan ada selebriti yang masih lagi mencuba tapi desas-desus yang timbul tidak betul pun. Mesti akan memberi kesan kepada orang itu.

“Jadi, mungkin orang lain selepas ini boleh memahami situasi. Soal perkahwinan, soal anak, kita cuma mengharapkan doa yang baik-baik daripada ramai.

“Sebagai seorang yang dikenali, saya rasa ini merupakan bahagian yang terbaik apabila kita mendapat doa daripada ramai pihak, orang yang kita tak kenal. Saya sangat perlukan doa semua orang sebagai satu perlindungan untuk saya,” katanya.

Neelofa dan PU Riz ditemui di Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin MAIWP di PPR Pinggiran Bukit Jalil sebentar tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini dianjurkan oleh Program Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Ia memberi manfaat terhadap 2,000 penerima yang layak di bawah kategori asnaf serta 1,000 lagi penerima yang layak telah menerima zakat daripada Bank Rakyat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Wed, 10 Dec 2025

“Tak Pernah Lupa Menyapa” – Caliph Buskers Puji Sikap Rendah Diri Mimi Fly

Caliph Buskers berkata Mimi tidak pernah melepaskan peluang untuk menyapa setiap kali bertembung

Events Sat, 24 Sep 2022
Featured Thu, 19 Jan 2023

“Saya Tak Akan Bebas Dari Perkahwinan Itu Sekiranya Bertahan Untuk Anak” – Shila Amzah Akui Kesihatan Mental & Kebahagiaan Diri Penting

Ada betulnya apa yang Shila katakan ini. Diri dan mental kita perlu sihat dahulu sebelum bahagiakan anak anak ❤️

Trending Tue, 9 Nov 2021

Vaksin Ni Untuk Apa? Jom Tengok Apa Penyakit Cegahan Vaksin Yang Boleh Kita Elakkan!

Vaksin sememangnya sudah terbukti berkesan bukan sahaja untuk satu penyakit tapi lebih dari 10 penyakit berjangkit di dunia. Penyakit yang dikatakan tu bukan di negara luar tau, tapi semuanya ada di Malaysia. Ha, jangan ingat […]

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
error: Content is protected !!