Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 16, 2023 @ 2:30pm

Lafaz Cerai Melalui Video, Boss Kay Akui Takut Bersemuka Dengan Bekas Isteri Gara-Gara…

Usahawan popular di TikTok, Boss Kay mengakui takut untuk bersemuka dengan Norsufia Johari atau Cik Pia bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Memetik laporan mStar, Boss Kay atau nama sebenar Khaireel Azlee Abd Aziz memberitahu dia tidak mahu melibatkan pihak berkuasa memandangkan ia merupakan urusan peribadi.

“Saya berdiam dan menjauhkan diri sebab takut dirakam, sebab saya memang dah diugut banyak kali sebenarnya.

“Cuma saya tak nak panjangkan isu tersebut sebab nanti mesti ada yang kata, kenapa tak buat laporan polis?

“Pada saya itu perkara peribadi tak perlulah nak pergi ke penguatkuasaan dan saya pun tak mudah nak saman orang lebih-lebih lagi ibu kepada anak-anak saya,” katanya.

Sebelum ini, Boss Kay dikecam apabila tular video berdurasi 10 saat melafazkan cerai dengan talak dua terhadap Cik Pia.

Menurutnya, hubungan dengan anak tiada masalah tetapi isu bersama isteri sudah lama berpanjangan dan dia memilih untuk menjauhkan diri daripada anak-anak.

“Bila perhubungan tu memang ada masalah daripada awal, jadi saya memilih untuk menjauhkan diri daripada dirakam.

“Anak-anak tak menjadi halangan pada saya di masa depan. Jadi kita tunggu jika ibu mereka sudah sopan dan berlembut baru lah saya pergi berjumpa mereka.

“Saya takut perkara ini akan dijadikan konten semata-semata,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Jun 2022

Rutin Sampaikan Tazkirah Lepas Solat Buka Pintu Hati Pembantu Rumah Johan Peluk Islam – “Saya Jumpa Surah Al-Fatihah..”

Alhamdulillah, kerana sering dengar tazkirah selepas solat, akhirnya pembantu rumah Johan peluk agama Islam.

Events Tue, 31 Dec 2019

Selamat Pulang Ahmad Dhani!

Peminat #balaDewa pastinya gembira dengan perkhabaran ini kan? Tunggu saja konsert DEWA19 di Malaysia

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

“Kalau Mok Dah Tak Ada…” – Mekyun Doa Dapat Ibu Mentua Penyayang, Nak Rasa Kasih Seperti Anak Sendiri

Menurutnya, jauh di sudut hati, dia sering memikirkan tentang masa depan sekiranya insan paling disayanginya sudah tiada lagi.

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

16 Tahun Tanpa Album, Jackie Chan Siap Sedia Asah Suara!

Bakal tampil dengan album terbaharu tak lama lagi, pelakon berusia 64 tahun ini dah tak sabar untuk menghiburkan kita dengan lagu-lagu terbarunya. Fuh, mesti gempak ni!

error: Content is protected !!