Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 5, 2019 @ 6:12pm

‘Dia Tak Nak Balik Nak Duduk Dengan Puteri’- Netizen Dedah Pengalaman Seram Adik Disorok Bunian Di Kebun Getah

Kata orang, buniah adalah suku kaum yang tersembunyi. Biarpun kewujudannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi kehadirannya tetap dapat dirasai oleh naluri manusia. 

Terbaru, seorang netizen di Twitter dikenali dengan nama Zainie Ibrahim mendedahkan pengalaman seram apabila adiknya disorok bunian sewaktu kecil.  Menurut wanita ini, sewaktu adiknya berusia 15 tahun, gadis itu  pernah disorok bunian di kebun getah berdekatan kawasan rumah mereka. 

Kisahnya  bermula apabila mereka berdua bermain di sekitar kawasan kebun getah dan kemungkinan adiknya ditegur “bunian” pada waktu maghrib, menurut wanita ini, adiknya mengadu untuk pergi ke tandas namun hilang pada malam kejadian.

Operasi pencariannya dilakukan oleh orang kampung namun gagal dijejaki sehingga ibu bapanya meminta pertolongan orang kampung termasuk pak imam untuk menjejaki adiknya. 

“Mak mimpi adik ada dalam kebun”

                                                             Sumber: Twitter

“Jumpa adik duduk celah batu, tengah cakap sorang-sorang bila panggil cakap tak nak balik nak duduk dengan puteri”

                                         Sumber: Twitter

“Adik tak bercakap seminggu selepas dijumpai, hanya duduk termenung”

Sumber: Twitter

Adiknya ditemui selepas ikhtiar dan laungan azan yang dilakukan, meskipun peristiwa itu berlaku beberapa tahun yang lalu namun kesannya masih terasa sehingga ke harini.

Berikutan pengalaman tersebut, adiknya pernah diejek “anak hantu” dan “anak jin” di sekolah malah gadis itu juga kerap mengalami gangguan histeria, menyebabkan dia tidak menamatkan pengajiannya di sekolah. 

Kalau korang nak baca cerita ni lanjut, korang boleh check thread Twitter kat bawah ni.

Betul la pesan orang tua-tua dulu, bila senja dan malam menjelma, makhluk ghaib akan muncul. Yang penting, hati dan iman kena kental. Tak gitu?

Sumber: Zainie Ibrahim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Fazura Dedah Sarimah Ibrahim Antara Rakan Selebriti Terawal Ambil Berat – “Selalu Kirim Surah & Beri Dorongan…”

Fazura bersyukur Sarimah Ibrahim sering bagi kata-kata semangat dan kirim surah

Trending Wed, 5 Aug 2020

BSH Fasa 3: Rayuan Dibuka Mulai Jumaat Ini, Syarat Layak Rayuan

Korang yang nak buat rayuan, pastikan cukup syarat-syarat ni

Hiburan Sat, 20 Dec 2025
Featured Wed, 11 Sep 2024
Featured Tue, 26 Nov 2024
Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Wed, 15 Mar 2023

Pakai Seksi Di Paris… Netizen Kecam Ameera Khan, Persoalkan Ibadah Umrah

“Macam mana business trip ke Umrah?” – Netizen

error: Content is protected !!