Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 25, 2018 @ 9:33am

Tiket ‘Laku Keras’, Konsert BLACKPINK Tambah Sehari Lagi

Peminat kumpulan Blackpink yang tidak dapat mendapatkan tiket, jangan risau! Anda berpeluang menyaksikan persembahan mereka pada 24 Februari depan selepas penganjur, MacpiePro melanjutkan konsert ke sehari lagi.

Tiket konsert ‘BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area)’ di Malaysia dijual pada harga sama iaitu RM273 (zon biru), RM373 (zon hijau), RM483 (zon ungu), RM573 (zon kuning), RM673 (zon merah) dan RM693 (zon Blink).

MacpiePro akan mula membuka tiket jualan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember, jam 12.00tengahari di pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery.

Selain itu, tiket-tiket juga boleh dibeli di kedai gaya hidup digital Mcalls bertempat di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).

Manakala jualan tiket atas talian di laman web rasmi MacpiePro (www.mccpiepro.com) akan dibuka pada 31 Disember 2018 tepat jam 12.00 tengah hari.

Konsert BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area) akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 dan 24 Februari 2019 bermula jam 6 petang.

Selain Malaysia, kumpulan terkenal dengan lagu Ddu-Du Ddu-Du ini juga bakal ‘menjelajah’ Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Feb 2026

“Hidup Untuk Curang!” – Tom Tampil Sinis, Luah Rasa Dipandang Serong

Penyanyi Tom meluahkan rasa kesal terhadap persepsi segelintir masyarakat yang terus menerus melabel dirinya dengan imej negatif.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Sat, 15 Mar 2025

“Jujur Tak Ada Masalah Untuk Kami Beraya Sekali” – Puteri Sarah Tak Bergaduh Dengan Syamsul Yusof

Sarah mengaku hubungan dengan Syamsul masih baik dan tidak bergaduh.

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Siapa Sangka G-Dragon Semakin Gemuk!

Walaupun gemuk, G-Dragon tetap handsome kan? Siapa setuju? Saranghae Oppa…

Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Hiburan Tue, 18 Jul 2023
error: Content is protected !!