Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 30, 2023 @ 5:36pm

Harris Annuar Kenang Momen Isteri Lahirkan ‘Baby Lato-Lato’, Peminat Sebak Titip Doa Moga Bahagia – ” Suami Penyayang! Tahu Isteri Dia Sakit Berjuang…”

Genap empat hari selepas isteri tercinta, Asha Merican melahirkan anak sulung mereka, Aura Medina, pelakon Harris Annuar sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik video penghargaan menerusi akaun TikTok miliknya pada Rabu.

Menurut Harris, video berdurasi lebih satu minit itu dibuat khas untuk isterinya sebagai mengenang kembali momen-momen manis sepanjang melahirkan puteri mereka.

“Saya tahu awak sakit yang teramat sangat selepas diinduced beberapa kali. Tapi, tiada apa yang dapat membalas penderitaan yang awak lalui sebelum ini.

“Ini adalah hantaran penghargaan buat wanita yang paling kuat dan saya sayang selama-lamanya. Saya sayang awak. Tengah sakit pun boleh gelak,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Harris dilihat sempat menyuap isterinya makan sambil bergurau mesra disamping memberi pesanan kepada bayi mereka agar berkelakuan baik supaya Asha tidak melalui proses beranak secara paksa (induce) lagi.

@harrisannuarTq sayang for the lovely baby @auraa.medina ,i tahu u sakit yg teramat selepas diinduced beberapa kali, but nothing can repay what you have suffered before,This is my appreciation post to my strongest sayang ever 💞love you @ashamerican ,tengah sakit pun boleh gelak lagi 😂 Alhamdulillah♬ original sound – Harris Annuar

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan dan layanan Harris terhadap isterinya sekaligus membuatkan mereka berasa sebak melihat kebahagian pasangan ini.

Terdahulu, Harris Annuar dan Asha Merican selamat menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 11.51 malam pada Isnin di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.

Yang menariknya, Harris sempat berseloroh dengan mengatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato memandangkan sebelum ini Asha pernah mengidam untuk bermain permainan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Featured Sat, 14 Jul 2018
Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Harus Tonton! Ruffedge Sanggup Crash Wedding Demi Muzik Video ‘Seperti Mereka’

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019.

Trending Tue, 31 Mar 2020
error: Content is protected !!