Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 14, 2018 @ 10:00am

44 Foto Ini Membuktikan Yang Jepun Langsung Tak Macam Negara Lain, Menakjubkan!

Kita semua tahu yang Jepun adalah sebuah negara yang terlebih advanced daripada negara lain, dengan kemajuan teknologinya.

Walaupun penduduknya hidup dalam dunia moden, mereka tetapi berbudi bahasa dan bersopan santun, tak macam ramai orang di negara-negara lain.

Jika anda sempat ke Jepun, anda akan terpegun melihat bukan saja kemodenan negara tersebut tetapi budaya yang mereka terapkan dari dulu sampai sekarang.

Pendek kata, Jepun memang tak macam negara lain! Jika anda tengok gambar-gambar di bawah ini, anda akan faham.

Gambar di bawah menunjukkan, pemandu bas di Jepun sedang melaksanakan protest terhadap majikan mereka. Caranya ialah dengan membawa bas dan mengambil penumpang macam biasa, tapi langsung tak mengumpul duit tambang.

Foto: imgur.com

Di permukaan atas setiap minuman tin ada tertulis jenamanya dalam tulisan Braille.

Foto: gracebuchele.wordpress.com

Penonton FIFA World Cup dari Jepun tolong kutip sampah selepas tamatnya perlawanan.

Foto: Getty

Ada tempat duduk untuk bayi anda ketika anda pergi ke tandas.

Foto: minneapolis2tokyo2madarao.wordpress.com

Jika anda melahirkan anak di hospital-hospital Jepun, ada potensi yang anda akan dihidangkan dengan meal sebegini.

Foto: jenkinsinjapan

Basuh tangan dan gunakan semula air untuk flush yang akan datang.

Foto: www.boredpanda.com

Penutup lubang jalan di Jepun cantik gila!

Foto:

Kebanyakan sekolah di Jepun tak menyediakan tukang cuci. Sebaliknya, murid-murid sendiri yang cuci, sebagai tanda penghargaan kepada sekolah mereka dan supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Foto: sarahmoersfelder.blogspot.lt

Nota ini mengatakan “Saya terlanggar basikal anda dengan tak sengaja dan merosakkan loceng. Saya amat menyesal”.

Foto: www.reddit.com

Bullet train di Jepun tersangatlah lancar, sampai syiling ini tak terjatuh pun!

Foto: www.reddit.com

Seseorang itu telah tercicir sebuah shopping bag di tepi jalan. Dia datang semula ke tempat yang sama pada esok harinya dan mendapati yang begnya tak dicuri pun!

Foto: www.reddit.com

Seorang wanita telah terjatuh ke platform keretapi di Tokyo dan tersangkut di antara platform dengan track. Jadi para penumpang tolong untuk menolak badan keretapi ke tepi supaya dia boleh diselamatkan.

Foto: www.apimages.com/

Di dalam longkang di Jepun, ada ikan koi! Bersihnya!

Foto: www.boredpanda.com

Tandas di Jepun mempunyai option di mana jika anda tekan, ia akan mengeluarkan bunyi khas untuk menutupi bunyi anda ketika membuat bisnes.

Foto: www.reddit.com

Kalau nak naik, sila ikut belah kiri. Bukan kanan.

Foto: www.reddit.com

Ha, siap ada kunci. Jadi takkan ada kes di mana orang lain akan “terambil” payung anda.

Foto: www.instagram.com

Bilik air ada papan elektronik yang menunjukkan cubicle mana yang kosong.

Foto: reddit.com

Produk yang anda dapat, sama seperti yang diiklankan.

Foto: reddit.com

Gula-gula getah ini datang dengan kertas yang anda boleh gunakan untuk buang chewing gum itu. Tak adalah melekat di mana-mana.

Foto: reddit.com

Pusat beli belah ini ada locker di mana anda boleh simpan barang dapur anda, dan terus sambung shopping.

Foto: reddit.com

Di Lapangan Antarabangsa Narita, bukan gula-gula percuma tapi kertas origami yang ditawarkan kepada pengunjung. 

Foto: reddit.com

Untuk ini pun mereka teratur!

Foto: reddit.com

Ada dispenser untuk kertas yang anda boleh gunakan untuk cuci skrin telefon pintar anda.

Foto: reddit.com

Ground crew di lapangan terbang Jepun akan melambai goodbye kepada kapal terbang yang akan berlepas.

Foto: reddit.com

Beg luggage disusun mengikut warna.

Foto: reddit.com

Di hotel ini, anda boleh pasang separuh daripada lampu meja ini.

Foto: reddit.com

Orang ini telah menempah sebuah buku daripada sebuah kedai, dan sebagai tanda penghargaan, orang kedai itu telah menghadiahkan paper crane mini. Comel!

Foto: reddit.com

Ini rupanya tempat duduk kanak-kanak di dalam keretapi di Jepun.

Foto: reddit.com

Di dalam salah sebuah keretapi di sana juga, anda boleh nikmati spa rendaman kaki.

Foto: reddit.com

Mesin ATM mereka ada tempat untuk letak tongkat dan cawan minuman.

Foto: reddit.com

Di kawasan tourist attraction, ada tempat letak telefon untuk mendapatkan shot gambar yang menarik di sana.

Foto: reddit.com

Di dalam lift ini ada tempat duduk jika berlakunya kecemasan kesihatan.

Foto: reddit.com

Hotel ini mengeluarkan nota mohon maaf kerana line internetnya terputus selama seminit. Pada pukul 4 pagi.

Foto: reddit.com

Lift ini ada indicator yang memberitahu penaiknya yang ia sedang hujan di luar.

Foto: reddit.com

Ada cermin mata yang anda boleh gunakan secara percuma ketika mengisi borang.

Foto: reddit.com

Di dalam teksi, jika anda ingin pemandunya untuk pandu lebih perlahan, tekan saja butang ini.

Foto: reddit.com

Ada vending machine yang menawarkan telur ayam segar dari ladang.

Foto: reddit.com

Kedai baju ini menunjukkan cara-cara untuk mencuba pakaian, iaitu dengan menutupi muka anda dengan cover supaya makeup anda tak tertanggal.

Foto: reddit.com

Tembikai ini baru boleh muat peti ais anda dengan elok.

Foto: reddit.com

Bahagian hujung pencungkil gigi ini disaluti dengan perisa mint.

Foto: reddit.com

Hanya di Jepun saja, kalau anda tinggalkan wallet anda begini, ia takkan dicuri.

Foto: reddit.com

Di dalam keretapi, ada smoking room

Foto: reddit.com

Railing tangga di sana tak straight. Senang untuk kita pegang.

Foto: reddit.com

Bila orang lelaki kencing, mereka boleh main game!

Foto: reddit.com

Sumber: Boredpanda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 May 2018

Nazim Othman, Bella Dally Umum Penceraian Pada Ramadan Pertama

Pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sah bercerai dan membuat pengumuman itu di saat umat Islam sedang menyambut Ramadan pertama.

Featured Fri, 8 Dec 2023

Naluri Seorang Bapa, Sharnaaz Ahmad Terkesan Kematian Zayn Rayyan… Mohon Kes Disiasat Secara Teliti – “Bukan Nak Salahkan Takdir Tapi…”

Yelah, bayangkan kita kat tempat keluarga mangsa. Apa agaknya perasaan anak kecil macam tu mati dibunuh💔

Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.

Featured Wed, 11 Dec 2024

Fazura Kesal Individu Wanita Tinggal Kenyataan Fitnah Melampau – “Ingat! Saya Tak Maafkan Awak Dunia Akhirat”

Wanita terbabit mendakwa aktres itu masih menyimpan dendam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin.

Featured Fri, 28 Feb 2020

Set kembara Tanamera mudahkan wanita bermusafir

Semua kelengkapan kecantikan disediakan

Featured Mon, 13 Jan 2020
error: Content is protected !!