Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 9, 2022 @ 12:55pm

Shuib Enggan Berkahwin Dengan Selebriti Atau Usahawan – “Tidak Kisah Calon Daripada Kalangan Wanita Biasa”

Pelawak popular Shuib, mengakui dirinya lebih selesa mencari isteri bukan dalam kalangan selebriti mahupun usahawan sepertinya.

Setelah pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib menitikberatkan untuk mencari calon isteri yang mampu menjaga ibu dan empat orang anaknya dengan baik.

Namun, Shuib juga menyatakan selebriti dan usahawan bukanlah calon yang bersesuaian untuk dijadikan isteri kerana dia memahami kesibukan seorang artis dalam mencipta kerjaya.

“Saya sentiasa sibuk dengan perniagaan dan kerjaya. Dengan empat cahaya mata yang masih kecil, jadi rasanya tiada selebriti atau usahawan yang sanggup menjaga anak-anak saya.

“Tambahan pula, saya tahu bagaimana sibuknya kehidupan selebriti, begitu juga usahawan. Jadual saya sentiasa sibuk, jadi jika saya pilih wanita yang sama-sama sibuk, siapa akan jaga dan memberikan tumpuan kepada anak-anak?

“Sebab itu, saya tidak kisah jika calon daripada kalangan wanita biasa. Apa yang penting, calon isteri mampu menjaga Mama dan anak-anak saya. Jika boleh ‘pergi’ dengan dua syarat ini, insya-Allah, saya akan okay,” kata Shuib.

Selain itu, Shuib turut menyatakan perasaan serta penerimaan anak-anak dan ibunya lebih menjadi keutamaan dalam memilih teman hidup.

“Pasti, saya perlu memikirkan perasaan anak-anak. Memang keutamaan adalah penerimaan anak-anak dan Mama. Jika mereka terima, barulah saya teruskan.

“Jika tidak, saya tak akan teruskan kerana ini bukan soal saya seorang. Kalau boleh, saya nak kehidupan seperti dahulu macam mana arwah melayan dan rapat dengan Mama, begitu jugalah calon isteri yang saya mahukan.

“Arwah dengan Mama cukup rapat, mereka boleh menjadi teman baik dan berkongsi macam-macam perkara. Selain itu, bahagian anak juga paling penting,” kata Shuib.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 19 May 2020

4 Resepi ‘Simple’ Buat Geng Bujang Sempena Raya PKP Ni, Korang WAJIB Cuba!

Sekurang-kurang dapat jugaklah ubat rindu bila tak dapat balik kampung ..

Featured Wed, 18 Mar 2020
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

SINGLE TERBARU SYAMEL MEMUKAU

Walaupun baru dilancarkan di laman Youtube pada 14 Disember lepas, video ini sudah mencecah 200 ribu tontonan

Trending Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

Orange陈慧恬拍拖啦!

八度空间主持人兼歌手Orange陈慧恬与香港摄影师Nash Lee相识逾半年,今年1月谱出异国恋曲。这也是她出道11年来首次对外认爱,似乎已认定对方,更被外界揣测好事近了?

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.

Featured Tue, 26 Jun 2018

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Lumur sunblock di seluruh kulit wajah dan badan sebegai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

Trending Wed, 11 Apr 2018

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Dilaporkan seramai tujuh orang maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini! Hati-hati semua…

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

[VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

Zarina Anjoulie dikritik didakwa buat video dengan Hot Daddy?

error: Content is protected !!