Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 6, 2025 @ 5:50pm

Syamel Kembali Dengan Lagu Balada Terbaharu ‘Berakhir Kita’

Penyanyi Syamel kembali mempersembahkan kehebatan vokalnya menerusi single balada terbaharu berjudul Berakhir Kita.
Lagu ini merupakan ciptaan Shazriq Azeman dan Omar K, yang turut bertindak selaku penerbit, hasil kerjasama antara Universal Music Malaysia, Maison Management dan Global Keynote Sdn. Bhd.

Mengangkat tema cinta yang tidak kesampaian, Berakhir Kita menyelami perasaan pilu yang tercetus apabila sebuah hubungan berakhir sebelum sempat bermula.

Lirik dan melodi lagu ini menggambarkan kesakitan melihat cinta yang diimpikan musnah di depan mata, sekali gus mewakili suara hati mereka yang pernah melalui episod duka dalam percintaan.

Menurut Syamel, pengalaman bekerjasama dengan Omar K dan Shazriq sangat positif dan memberikan keselesaan sepanjang proses rakaman.

“Mereka sentiasa memberikan tenaga yang positif dan kebebasan untuk saya mengolah lagu ini mengikut keselesaan nyanyian saya. Itu membuatkan proses rakaman menjadi lebih selesa dan bermakna,” jelas Syamel.

Lagu ini turut disertai dengan paparan visual yang akan digabungkan bersama sebuah drama bersiri yang bakal ditayangkan. Elemen ini dilihat mampu menambah kesan emosi kepada keseluruhan lagu.

“Hayatilah lirik dan melodi lagu ini yang, bagi saya, cukup sedih dan menyayat hati. Ditambah pula dengan babak-babak dalam drama tersebut, saya percaya ia akan memberikan impak yang lebih mendalam kepada para pendengar,” tambahnya.

Penghasilan lagu Berakhir Kita turut mendapat sokongan padu daripada semua yang terlibat, dan Syamel mengakui komitmen dan semangat kerja berpasukan amat dirasai sepanjang proses tersebut.

“Ramai individu telah memainkan peranan dalam menjayakan lagu ini. Semua bergerak seiring dan memberikan kerjasama yang amat positif sepanjang proses penghasilan,” kata Syamel.

Syamel turut berharap lagu ini mampu memberi kesan emosi kepada para pendengar dan menjadi lagu yang dekat di hati mereka, khususnya yang pernah melalui pengalaman cinta yang tidak kesampaian.

“Saya berharap lagu ini akan melekat di hati pendengar, dan mereka dapat mengaitkannya dengan kisah hidup mereka sendiri,” ujarnya.

Berakhir Kita kini boleh distrim di semua platform penstriman digital bermula 6 Ogos 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Rock Revival Himpun Otai Rock

siri persembahan ‘Rock Revival’ bermula pada 23 Disember ini di The House, G Tower Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

李幸倪为演唱会试造型「真空上阵」尽显背肌和纤腰

距离Gin李幸倪首个香港红馆《First Of All Live》演唱会不足一星期时间,日前Gin为演唱会试造型,其中蓝色夜空长裙最为性感夺目!

Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁

Trending Thu, 22 Jul 2021
Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Thu, 7 May 2026

Ajak Orang Ramai Menghayati al-Quran, PU Riz Anjur Majlis Quranic Madani di Bukit Bintang

PU Riz bakal menganjurkan program Quranic Madani – Night Reset: Bersatu Dalam Saf pada Jumaat ini di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Trending Mon, 10 May 2021

Rentas Negeri, Daerah Bagi Tujuan Kerja TIDAK Perlu Surat Polis

Namun begitu PDRM masih mengemaskini SOP berkenaan

error: Content is protected !!