Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 10, 2021 @ 1:00pm

Rentas Negeri, Daerah Bagi Tujuan Kerja TIDAK Perlu Surat Polis

Pihak polis Diraja Malaysia sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) bagi pergerakan rentas negeri dan daerah termasuk sama ada memadai menggunakan surat majikan serta surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti dilaksanakan sebelum ini.

Ianya susulan arahan kerajaan agar aktiviti berkenaan dilarang sekiranya tanpa kebenaran pihak polis bermula 10 Mei sehingga 6 Jun ini.

Menurut, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar,  SOP itu termasuklah keperluan kebenaran daripada polis, jika individu mempunyai surat majikan atau kebenaran MITI untuk pergerakan rentas negeri atau daerah.

“Kerajaan umum pergerakan negeri dan daerah mulai esok hingga awal Jun ini di seluruh negara perlu ada kebenaran polis.
“Kita sedang bincang SOP perkara itu, kerana arahan baru dikeluarkan semalam.
“Persoalan sama ada memadai guna surat majikan dan MITI untuk aktiviti itu antara perkara dibangkitkan,”

Terdahulu MITI menerusi hantarannya di laman Twitter nya memaklumkan bahawa pergerakan rentas daerah dan negeri untuk tujuan kerja tidak perlu surat daripada PDRM.

 

Sumber : BH, Twitter 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Hiburan Thu, 1 Aug 2024
Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Bakal Beraksi di Pentas Berprestij DFP, Slam Imbau Kenangan Pernah Dilabel Band Kampung

Slam bakal melakar sejarah dengan mengadakan konsert pertama mereka di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Featured Mon, 30 Jan 2023
error: Content is protected !!