Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 11, 2025 @ 5:00pm

“Ada Yang Siap Buat Kiraan Saya Akan Gagal” – Khairul Aming Mohon Ruang & Peluang Jayakan Bisnes Restoran Rembayung

Personaliti media sosial dan usahawan popular, Khairul Aming, sekali lagi menarik perhatian warganet apabila tampil menjawab pelbagai persoalan serta kritikan berhubung pembukaan restoran fizikal pertamanya, Rembayung.

Dalam satu hantaran panjang di Threads, Aming mengakui sejak mengumumkan projek tersebut, dirinya dihujani pelbagai soalan daripada hal teknikal sehinggalah ke keputusan pelaburan besar yang dibuat.

“Saya faham ramai yang tertanya-tanya… kenapa pilih lokasi itu, kenapa guna sistem tempahan, kenapa labur sebanyak ini, macam mana nak cuci cermin, kenapa pakai pokok plastik, kenapa siling tinggi dan kenapa ambil risiko besar,” tulisnya.

Aming bagaimanapun berkata dia terbuka menerima segala pandangan, namun berharap orang ramai memberi ruang untuknya membuktikan kemampuannya untuk menjayakan restoran tersebut terlebih dahulu.

“Saya hargai semua pandangan, tapi saya mohon beri peluang untuk saya cuba berniaga dahulu. Ini percubaan saya untuk kembangkan F&B tempatan secara ‘offline’. Pelaburan besar, risiko tinggi… tetapi izinkan saya mencuba,” katanya.

Dalam pada itu, Aming turut berkongsi ada pihak yang meramalkan kegagalan restorannya walaupun belum dibuka.

“Ada yang buat kiraan saya akan gagal. Ada yang kata saya tidak fikir panjang. Ada yang kata saya menyusahkan orang. Ada yang anggap usaha ini sia-sia,” katanya.

Jelasnya, dia tidak mencari pujian, sebaliknya hanya mengharapkan doa supaya segala urusan dipermudah­kan.

“Apa kejayaan yang saya capai, apa kesilapan yang saya lakukan, semua akan saya kongsikan supaya peniaga kecil lain boleh belajar. Gunakan risiko besar yang saya ambil ini sebagai pembelajaran untuk kembangkan bisnes tempatan,” tulisnya.

Sementara itu, walaupun dia sudah biasa berdepan komen pedas selama sedekad berada di media sosial, namun Aming tidak menafikan keadaan itu memberi kesan besar kepada peniaga baharu.

“Saya tiada masalah dengan semua maklum balas… tapi untuk mereka yang baru nak mula berniaga, akan ada yang takut bila baca semua ini. Kalau nampak peniaga kecil lain baru nak mula, berilah sokongan kepada mereka. Izinkan mereka bermula dan bersinar di negara kita.

“Saya mohon jasa semua doakan perjalanan Rembayung dipermudahkan. Terima kasih atas kefahaman semua,” akhirnya.

 

View on Threads

 

Pembukaan Rembayung menjadi antara projek paling dinanti peminat jenama Aming, selepas kejayaan besar Sambal Nyet dan produk Ramadannya sebelum ini.

Artikel Berkaitan: “Lakukan Perkara Yang Buat Anda Happy” – Khairul Aming Kongsi Falsafah Hidup, Kenang Pengorbanan Ibu Berniaga Kuih

Artikel Berkaitan: “Kau Orang Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Buat, Baik Duduk Diam” – Fizo Omar Tegur Tindakan Netizen ‘Rate’ 1 Bintang Restoran Milik Khairul Aming

Artikel Berkaitan:PU Amin Dilabel FOMO Gara-Gara ‘Angkat’ Restoran Khairul Aming, Ini Respons Empunya Badan – “Kita Tumpang Bangga!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Jelajah Budaya Dunia Dari Kaca Mata Rakyat Malaysia, SAYS Lancar Siri Video ‘Nandini Mana?!’

Nandini Mana?! merupakan siri video eksplorasi unik merentas Asia hingga Eropah!

Featured Mon, 6 Jan 2025

Mahu Jadi Lebih Positif, Tindakan Janna Nick Lawat Sahabat Baru Bersalin Menyentuh Hati – “Sebaknya! Moga Ada Rezeki Nanti”

Janna menitipkan doa agar semua pejuang dua garis biru pada tahun ini dikurniakan rezeki

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selepas Bercerai, Netizen Komen Nadia Annuar Makin Kurus Pula! Ini Jawapan Tuan Badan – “Terlebih Bahagia..”

‘Dulu suka masak untuk orang tersayang, sekarang makan pun sorang…” – Nadia Annuar

Hiburan Wed, 15 May 2019

Penat Dengan Makian Netizen, Aliff Syukri Ajar Perbezaan Dengan Aliff Aziz

Aliff Syukri memohon netizen agar tidak terus mencaci penyanyi itu malah mendoakan yang baik

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Tahniah Shuk Dapat Anak Kedua, Kali Ni Baby Girl!

Alhamdulillah, tahniah Shuk dan isteri!

error: Content is protected !!