Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin October 15, 2019 @ 2:04pm

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Pemetaan muka ataupun dalam bahasa Inggerisnya facial mapping adalah satu teori yang mengatakan bahawa setiap bahagian daripada wajah manusia mempunyai kaitan yang spesifik dengan bahagian dalaman tubuh mereka.

Amalan yang mula diamalkan oleh masyarakat Cina semenjak 3,000 tahun lepas itu percaya bahawa setiap bahagian daripada wajah manusia itu berhubungan dengan organ-organ yang berlainan.

Baru-baru ini, terdapat satu akaun twitter menggunakan identiti @rafiq_razali24 telah berkongsikan ciapan dengan info gambar mengenai perkaitan di antara kedudukan jerawat di atas muka dengan penyakit yang seseorang itu mungkin hidapi.

 

Antara kepercayaan yang diusulkan oleh gambar yang dikongsikan dalam ciapan itu adalah:

  • Jerawat yang tumbuh pada dagu menandakan seseorang itu mempunyai masalah pada bahagian kecil mereka
  • Jerawat yang tumbuh pada dahi menandakan seseorang itu kekurangan air dan juga menghadapi masalah sistem penghadaman
  • Jerawat besar dan menyakitkan yang tumbuh pada hidung menandakan seseorang itu mempunyai masalah darah tinggi
  • Jerawat yang tumbuh pada bahagian bawah pipi mempunyai kaitan dengan masalah gusi dan gigi

Ciapan berkenaan berjaya mendapat lebih kurang 6,000 ciapan semula (retweet) dan juga  lebih 5,000 tanda suka (like).

Namun begitu, adakah benar apa yang dikongsikan ciapan di atas ataupun itu adalah satu lagi bentuk salah faham daripada berpuluh lagi kekeliruan yang disebarkan berkenaan dengan hal kecantikan dan juga kesihatan.

Dalam ciapan balas oleh Dr Amalina melalui akaun twitternya @DrAmalinaBakri menegenai perkara berkenaan, beliau menyarankan agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan ciapan yang menurutnya mempunyai maklumat yang salah.

 

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu yang berbangkit itu, Amalina yang juga seorang pakar pembedahan umum telah berkongsi dalam ciapan yang sama satu hantaran Instagram daripada seorang pakar dermatologi di London iaitu Dr Shaaira Nasir.

Dalam hantaran instagram itu, Dr Shaaira menerangkan sehingga kini tiada bukti saintifik yang menyatakan pertumbuhan jerawat pada bahagian muka tertentu berpunca daripada faktor stres dan juga gaya hidup mereka.

Dalam perkongsiannya, beliau berkata, pertumbuhan jerawat pada muka seseorang lazimnya disebabkan oleh faktor luaran dan juga persekitaran. 

Faktor luaran dan persekitaran adalah punca utama yang menyebabkan pertumbuhan jerawat pada wajah seseorang. Foto: Medium

“Sebagai contoh, jerawat yang tumbuh pada dahi adalah disebabkan penggunaan minyak rambut secara berlebihan yang seterusnya menyebabkan produk terbabit melimpah ke kawasan berkenaan lalu menutupi lubang pori pada muka mereka.

“Untuk jerawat yang tumbuh di pipi pula, telefon bimbit yang tidak dijaga kebersihannya boleh menjadi satu sebab mengapa jerawat timbul di kawasan terbabit,” tulis Dr Shaaira.

Pada akhir hantaran berkenaan, Dr Shaaira menegaskan  face mapping adalah sesuatu yang salah dan pakar dermatologi juga tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kepercayaan ini sebagai satu amalan kecantikan mereka. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022

Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai. @ciknurul06 Amalan mengelakkan permusuhan #ceramah #ceramahpendek #selfreminder #ustazabdullahkhairi #fyp #fypシ ♬ original sound – ciknurul06 Perkongsian […]

Oh Lawa Mon, 22 Oct 2018

STAILOZ, Inner Tudung Dengan Teknologi ‘Titan Tech’ Yang Memberi Kebaikan Pada Tubuh

Pereka terkenal Kem Salleh pilih inner tudung
dengan pembuatan berteknologi sebagai modul perniagaannya.

Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan, […]

Trending Sun, 11 Apr 2021

Selepas 16 Tahun, Mirwana Kembali Bersama Faizal Tahir

Selepas 16 tahun, Mirwana kembali ‘bersatu’ bersama penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021. Setelah sekian lama, rata-rata netizen berasa amat teruja dan meniggalkan komen yang baik setelah melihat posting […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Allahu malang tak berbau, dah takde rezeki 😔 Semoga beri pengajaran buat kita semua!

Trending Tue, 23 Jan 2018

Benarkah Laptop Ganggu Kesuburan?

Pernahkah anda mendengar bahawa laptop mampu menganggu kesuburan seseorang? Benarkah fakta ini atau ia hanya mitos semata-mata? Terdapat segelintir berpendapat bahawa haba daripada laptop boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan telur wanita dan sperma lelaki.

error: Content is protected !!