Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 4, 2022 @ 4:39pm

Sering Dapat Tawaran Iklan Bersama, Suami & Anak Pembawa Rezeki Buat Ain Edruce

Pengacara Ain Edruce, menganggap suaminya, Muhammad Amirul Hafiz dan anaknya Soraya pembawa rezeki selepas dikhabarkan sering mendapat tawaran pengiklanan bersama.

Menurut Ain, ada sesetengah jenama yang memerlukan penglibatan suami dan anaknya bersama dalam iklan tersebut, malah ada juga yang hanya perlukan suaminya sahaja.

“Sekarang ni pun, Alhamdulillah, mungkin Amirul dengan Soraya ni sebenarnya rezeki untuk Ain juga.

“Sekarang ni kalau job-job macam ada sesetengah brand memang nak Amirul dengan Soraya ada sekali, kadang-kadang nak Amirul je,” katanya.

Meskipun sering mendapat tawaran bersama suami dan anak, ada juga pihak yang mendakwa pelakon tinggi lampai itu mengambil semua bayaran yang diterima untuk diri sendir.

Namun, Ain tampil mendedahkan bahawa suaminya tidak kisah tentang itu kerana niatnya hanyalah untuk membantu isternya.

“Itu adalah kenyataan. Amirul kata, tak apa sayang saya buat ni untuk tolong awak supaya murah rezeki awak.

“Suami saya mungkin nampak tak romantik tapi bila dia buat kerja-kerja tu semua, dia kata memang 100% tu duit Ain.” katanya.

Menerusi perkongsian bersama MStar, Ain juga sempat memberi tips untuk kekal gembira dalan kehidupan kerana sering dikatakan sentiasa ceria dan positif.

“Korang kena jadi diri sendiri sebenarnya. Ain faham kadang-kadang kita sampai terburu-buru nak jadi macam orang lain.

“Kalau belum tiba masanya lagi, bersabar. Relax, satu hari nanti benda tu akan datang kat kita juga,” katanya.

Ain juga turut menyatakan dirinya sentiasa jujur dengan diri sendiri dan sering meminta restu suami merupakan salah satu punca kebahagian pelakon itu.

“Salah satu rahsia Ain rasa sentiasa gembira adalah Ain sentiasa jujur dengan apa yang Ain buat dan restu suami dan ibu bapa adalah sangat penting.

“Lepas kahwin tu restu suami la kan. So, setiap job yang Ain buat semua benda atas kerelaan dan restu daripada Amirul.” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Memori Untuk Hari Tua, Peminat Terhibur Lihat Video Ain Edruce Usik Suami – “Amirul Sebenarnya Seorang Yang Sangat…”

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sarung Tudung Nampak Leher, Sissy Iman Kecewa Diselar Netizen

Nak tegur, kenalah tahu adab. Tak gitu?

Hiburan Mon, 24 Jun 2024
Featured Sat, 14 Feb 2026

Netizen Dakwa Lakonan ‘Kayu’ Meski Terima Banyak Tawaran, Fasha Sanda ‘Backup’ Sharifah Rose – “Dia Punctual & Rajin”

Pelakon versatile, Fasha Sandha tampil mempertahankan pelakon baharu yang juga seorang pempengaruh popular, Sharifah Rose.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Tue, 23 May 2023
Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Firdaus Karim Tak Berkecil Hati Netizen Pertikai Kredibiliti & Kritik Imej Gara-Gara Watak ‘Ustaz Irfan’

Firdaus Karim tak terasa hati penonton kritik penampilan gara-gara watak Ustaz Irfan

error: Content is protected !!