Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 8, 2019 @ 3:44pm

Sarung Tudung Nampak Leher, Sissy Iman Kecewa Diselar Netizen

Oleh: Zaara Talita

Penyanyi, Sissy Iman mengakui terkilan dengan sikap netizen yang menyelar dirinya kerana menutup aurat menampakkan bahagian leher ketika menyambut 1 Syawal lalu.

Sissy yang kini tampil dengan single berjudul Pesanan Ayahanda itu menganggap teguran secara terbuka itu tidak beradab, namun memilih untuk merahsiakan identiti individu terbabit.

“Saya sebenarnya belum bertudung, tetapi jika saya cuba menyarung dan ini adalah salah satu usaha saya untuk belajar berhijab, tidakkah awak rasa tindakan menyelar saya dengan ayat sebegitu boleh mematahkan usaha saya untuk menjadi insan yang lebih baik?

“Bukan apa, hendak menegur orang perlu tahu adab. Sekian, selamat hari raya,” luah Sissy menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Twitter miliknya.

Individu terbabit menggunakan gambar Sissy membuat teguran dan mempersoalkan gaya wanita yang berhijab kerana sering mempamerkan bahagian leher.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menyokong tindakan Sissy yang memperjuangkan haknya. Malah, mereka juga berpendapat individu berkenaan seharusnya membuat teguran secara peribadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Mar 2026

Areef Amran Akui Sudah Tiba Masa Bawa Watak Lebih Matang

Areef turut menyimpan hasrat untuk membawakan watak seorang guru

Hiburan Wed, 6 Jul 2022

Dulu Teruk Kena Kecam, Kini Lagu Trending & Jadi Siulan… Komen Negatif Netizen Buat Nuha Bahrin Bangkit!

Kata-kata negatif netizen diambil sebagai perkara yang positif dan Nuha bangkit membuktikan dia boleh berjaya di dalam industri nyanyian.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

Featured Mon, 13 Jan 2025

‘Payung’ Lagu Garam & Madu, Nyanyian Nuha Bahrin Dipuji… Netizen Komen – “Semua Benda Dia Nyanyi Sedap Didengar”

Nyanyian Nuha kini semakin baik. Malah lagu mashupnya itu juga tak dinafikan sedap didengar.

Featured Mon, 16 Jan 2023

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja?

Wah tak sangka kan patut lah Anju cantik macam Nenda dia

Featured Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!