Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2022 @ 6:00pm

Terpaling Juara: Salahkan Baju, Nyanyian Sumbang, Didakwa Menjawab Komen Juri… Netizen Kurang Gemar Dengan ‘Attitude’ Ifa Raziah

Walaupun sudah beberapa hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, masih ramai warganet tidak berpuas hati dengan tindakan dan ‘attitude’ yang ditunjukkan oleh penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah.

Selepas isu ditegur oleh guru vokal, Shaffiq Erwin mengenai teknik nyanyian yang dikatakan sumbang, Ifa hilang fokus ketika menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan menyalahkan busana yang dipakai.

Tindakan penyanyi berusia 47 tahun itu ‘menjawab’ dan membalas komen yang diberikan oleh Datuk Hattan selepas selesai persembahan turut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Malah, ada yang menganggap alasan menyalahkan baju sebagai punca nyanyian sumbang tidak dapat diterima sama sekali memandangkan Ifa mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang nyanyian.

“Aku yang rasa malu bila Kak Ifa jawab macam tu…”

 

Perkongsian video berdurasi 2 minit itu telah ditonton sebanyak 2 juta kali dan menerima lebih 72,000 tanda suka beserta lebih 2,000 komen netizen.

Bagaimnapaun, dalam hantaran berlainan pula, Ifa dilihat tampil memberikan respons mengenai tuduhan ‘kuat’ menjawab pada malam tersebut.

“Eh, aku memang kaki menjawab. Kau dah kenapa?

“Aku jawab untuk diri aku, defend diri aku, kalau dia cakap macam mana pun kalau aku tak defend diri aku siapa nak defend aku?

“Aku cakap benda yang betul kot. Benda yang berlaku, bukan aku propa. Bukan aku buat-buat berlakon ke apa?

“Aku defend diri aku… Aku cakap benda yang betul. Tak kanlah orang bercakap, orang mengata aku tak defend diri aku.

“Kalau aku tak defend diri aku siapa nak defend? Korang?” katanya.

@fzlyusofsaya kesian sebenarnya tgok kak ifa raziah ni.. sangat kesian… dah lama dalam bidang nyanyian… tapi…. sabar kak ya♬ original sound – fzlyusof

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Kenapa Nikita Mirzani Batal Hasrat Bersalin Di Singapura?

Tinggal dua hari sahaja lagi Nikita akan masuk hospital!

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Sepatutnya konsert terbabit bakal berlansung pada 20 Disember ini.

Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Hubungan Kami Complicated, Doakan Pengakhiran Terbaik

Hubungan pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy dikhabarkan sedikit goyah selepas bertunang, biasalah pasti akan ada dugaan dan cabaran yang mendatangkan

error: Content is protected !!