Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 23, 2023 @ 11:24am

Amelia Henderson Bangga Bahasa Melayu Bertambah Baik – “Saya Nak Buktikan Yang Saya Boleh”

Pelakon Amelia Henderson mengakui dirinya kini sangat bangga apabila pertuturannya dalam Bahasa Melayu bertambah baik.

Menurut Amelia, dirinya nekad untuk memperbaiki Bahasa Melayu ketika dirinya ditawarkan untuk berlakon watak seorang ibu tunggal menerusi sebuah drama sekitar usia 19 tahun.

Biarpun pada ketika itu dirinya tidak begitu fasih dan masih pelat berbahasa Melayu, Amelia tetap mencabar dirinya untuk belajar demi kerjaya lakonannya.

“Saya kena pergi satu casting ni, watak dia adalah seorang isteri dan kalau tak silap jalan cerita dia saya seorang mak. Masa tu saya baru umur 18 19 tahun macam tu, saya tak rasa boleh jadi seorang mak tanpa isteri kepada sesiapa.

“Masa saya casting dengan Amo, dia tanya saya boleh cakap Bahasa Melayu ke tak. Dengan bangganya saya kata boleh masatu saya pelat.

“Kemudian dia suruh saya baca buat skrip tu. Saya rasa tu audition paling teruk dalam hidup saya masa tu sebab saya tahu saya tak boleh buat.

“Bila dapat the show time tu saya kekok sebab saya rasa cabaran saya yang paling besar adalah Bahasa. Pada ketika itu saya tak tahu nak belajar dengan siapa, saya tak tahu nak belajar bahasa ni dalam masa yang sekejap dekat mana,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Amelia menerusi sesi podcast Studio Sembang bersama Aedy Ashraf, baru-baru ini.

Tambah Amelia, selepas drama tersebut ditayangkan dirinya lebih gigih untuk mendalami bahasa Melayu agar watak lakonan yang bakal ditawarkan semakin berkembang.

“Bila cerita tu keluar saya sangat happy bekerja dengan semua orang dalam cerita tu. Tapi, saya rasa itulah mulanya detik yang mencabar saya yang saya nak cakap Bahasa Melayu macam orang rasa itu je bahasa yang saya boleh cakap.

“Saya nak belajar Bahasa Melayu sampai satu tahap saya boleh betulkan Bahasa Melayu orang lain. Bukan nak berlagak tapi saya nak buktikan yang saya boleh.

“Lepastu saya nak buktikan walaupun saya membesar bukan Melayu saya nak Bahasa Melayu saya power. Kedua saya nak power Bahasa Melayu sebab saya taknak limitkan diri saya bawa watak yang balik dari oversea. Saya nak watak yang kampung.

“Ada je saya dapat watak kampung tapi bahasa saya macam skema gila. Saya sampai suruh manager saya ajar. Kadang-kadang saya rasa bodoh bila saya tanya orang, orang gelakkan.

“Kalau saya tanya 100 kali pun untuk benda tu tanam dalam otak saya janji saya sampai ke destinasi tu. Dan sekarang saya banggalah dengan perjalanan saya,” jelasnya.

@imyourdaisyyy Ame bangga bahasa melayu dia makin improve! 😩❤️✨ #aedyashraf #ameliahenderson #studiosembang #aedyamelia #fyp ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Dec 2023

Alami Jangkitan Jantung & Paru-Paru, Isma Aliff Terpaksa Ditidurkan

Moga dipermudahkan semu urusan abang Isma Aliff💗

Trending Thu, 30 Jul 2020

Doa Hari Arafah Paling Mustajab

Jom sama-sama kita perbanyakkan doa di hari mulia ini..

Hiburan Fri, 30 Sep 2022

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP […]

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Dah Ada Anak, Penyanyi Ditangkap Khalwat Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Beberapa Kali

Sumber mendedahkan penyanyi ditangkap khalwat sudah mempunyai anak, serta pernah gagal dalam perkahwinan

Hiburan Thu, 9 Jan 2025
Trending Sun, 19 Jun 2022

Mencuit Hati & Menyentuh Jiwa… Mengenang Adibah Noor, Ini Antara Iklan Menarik Lakonan Arwah

Jasamu akan sentiasa dikenang. Jom mengimbau kenangan iklan-iklan yang pernah dilakonkan oleh Allahyarhamah Adibah Noor yang pernah mengiburkan ramai penonton?

error: Content is protected !!