Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 6, 2022 @ 4:16pm

Dulu Teruk Kena Kecam, Kini Lagu Trending & Jadi Siulan… Komen Negatif Netizen Buat Nuha Bahrin Bangkit!

Penyanyi Nuha Bahrin pernah menerima kecaman teruk netizen ketika bertanding dalam program Vokal Mania yang bersiaran di TV3 pada 2020.

Menyampaikan lagu Kekasih Awal & Akhir, persembahan ‘terkucil’ Nuha membuatkan gadis itu menerima tamparan hebat.

Menurut Nuha atau nama sebenar Nuha Sakina Saiful Bahrin, dia mengakui komen-komen tersebut pernah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.

Namun, Nuha mengambil kritikan itu sebagai pembakar semangat serta sokongan daripada keluarga, teman-teman dan orang sekeliling membuatkannya meneruskan apa yang diminatinya.

“Tak dapat nak menafikan that thing (komen negatif) really got into my head and I have been in a situation where I believe what they said to me.

“Saya bangkit semula adalah sokongan daripada orang sekeliling. Mereka sangat supportive towards me even though orang yang tak kenal like supporters, followers on Instagram and TikTok.

“Actually those kind words banyak membantu saya,” kata Nuha ketika dihubungi XTRA.

Kini dikenali menerusi lagu Casablanca duet bersama Naufal Azrin yang trending di serata media sosial, Nuha memilih genre Arab sebagai percaturan kerjayanya.

Casablanca mengisahkan tentang perasaan jatuh cinta kali pertama dan Casablanca bermaksud rumah putih yang menggambarkan putih, suci dan perasaan cinta yang dikaitkan dengan sebuah tempat.

Ketika ditanya sebab dirinya memilih konsep terbabit, Nuha mengakui lagu Arab mempunyai keunikan dan sedap untuk didengar.

Nuha juga mendedahkan dia membesar dengan lagu-lagu genre terbabit dan perkara itu menjadi pemangkin minatnya terhadap lagu Arab mula berkembang.

“Saya daripada kecil mendengar lagu Arab a lot with my mom. Bermula daripada situ, I develop interest towards Arabic music,” katanya.

Perancangan Nuha pada masa akan datang adalah untuk meneroka lebih banyak genre lagu yang berbeza seperti R&B, balada dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Tue, 22 Apr 2025
Featured Wed, 25 Sep 2024

Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan

Sama-sama kita doakan yang terbaik nuat pasangan ini❤️🥹

Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Terkilan Dipandang Rendah Sebagai Penganjur Konsert – “Baru Nak Bina Nama, Macam Saya Tak Layak”

Menurut Ariff, pengalaman pahit itu bukan sahaja memberi kesan kewangan, malah turut menguji keyakinannya untuk terus bergerak dalam bidang penganjuran konsert.

Trending Thu, 18 Jun 2020

Duduk Semeja Melebihi 4 Orang Kini Dibenarkan

Yeay! Dah boleh makan ramai-ramai

Trending Wed, 19 Sep 2018
Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Kecantikan Dipuji Persis Megan Fox, Puteri Balqis Akui Masih ‘Insecure’ 

Puteri Balqis tiada keyakinan kiri walau kecantikan terima pujian melambung

error: Content is protected !!