Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 14, 2025 @ 3:43pm

Kecantikan Dipuji Persis Megan Fox, Puteri Balqis Akui Masih ‘Insecure’ 

Pelakon, Puteri Balqis menganggap satu perbandingan yang baik apabila kecantikkannya dipuji persis pelakon antarabangsa terkenal, Megan Fox.

Ketika ditemui XTRA, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 18, bagaimanapun tetap bersikap merendah diri dan menganggap wajahnya tidak ubah seperti seorang Melayu.

“Tak tahu macam mana orang boleh samakan dengan Megan Fox, sebab saya nampak memang anak Melayu.

Tetapi, apa pun itu satu perbandingan yang baik. Kalau letak saya sebelah Megan Fox tu, hilang saya,” katanya.

Meskipun menerima pujian melambung, namun Aqish tidak menafikan dia masih tiada keyakinan diri dek masa lampaunya yang pernah teruk dibuli.

Malah, jelas Aqish dia lebih selesa untuk kekal dengan pemikiran serta sikap yang terus ‘membumi’.

Aqish berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama dibawah arahan Erma Fatima yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

“Saya bersyukur orang puji kecantikan saya, walaupun dipuji namun saya tetap tiada keyakinan diri. Ada masa timbul juga rasa ‘insecure’ tengok hidung sendiri mungkin sebab saya membesar dengan pembuli, macam mana orang cakap cantik pun saya tetap rasa diri ini kerdil.

“Saya lebih selesa macam ni, merendah diri sebab pada saya kecantikan itu satu perkara yang indah. Mungkin saya rasa wajah saya cantik sebab setiap kali saya tengok muka sendiri akan terbayang wajah ibu, jadi saya rasa sayang dengan muka sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan: Enggan Fatima Jadi ‘Broken’, Puteri Balqis Akui Terkesan Dengan Nasib Anak Fazura – “Dia Dilahirkan Dalam Keluarga Penyayang”

Artikel Berkaitan: “Pengorbanan Itu Berkait Rapat Dengan Hidup Saya…” – Puteri Balqis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Nov 2024

Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle Sah… Tarikh 2 Disember Kes Cerai Disebut Semula

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 2 Disember sebagai perbicaraan kes cerai.

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Siapa Gerangan Lelaki Berani Cium Chacha Maembong?

Hensem juga teman lelaki Chacha Maembong ni kan?

Featured Wed, 20 Jul 2022

Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Thu, 28 Jul 2022

Sah Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama – “Mereka Sangat Menghormati Saya..”

Perbezaan agama dan budaya bukan penghalang Sarah. Dia turut menjawab mengapa dia memilih untuk sertai Tentera AS. Apapun, tahniah!

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

RM100K Milik Mark Adam?

Mark Adam berjaya dinobatkan sebagai Juara BBB 2018 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100K

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
error: Content is protected !!