Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 14, 2024 @ 6:07pm

Tular Video Mesra Bersama, Zoey Rahman Dikritik Permainkan Perasaan Wanita OKU… Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan – “Bukan Nak Bagi Harapan, Cuma…”

Usahawan dan selebriti, Zoey Rahman dikritik selepas didakwa mempergunakan dan mempermainkan perasaan seorang wanita selepas acap kali dilihat mesra bersama menerusi sesi siaran langsung.

Wanita tersebut merupakan pempengaruh TikTok menerusi akaun Mass Factor yang dikatakan seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU).

Dalam satu video tular di media sosial, Zoey memohon maaf kepada wanita berkenaan atas kekeliruan mengenai status hubungan mereka, sekaligus berharap mereka boleh menjadi kawan sahaja.

“Kita fokus bestie je, boleh? Saya tak nak benda ni akan jadi lebih complicated di masa akan datang.

“Jadi lebih baik kita jadi macam kawan, lagi santai, meriah dan seronok,” katanya.

Jelas Zoey lagi, ibunya sudah mempunyai calon jodoh untuknya.

Difahamkan, hubungan mereka mula menjadi rapat apabila Mass yang berasal daripada Singapura itu mula memakai produk kosmetik dan kecantikan daripada Zoey.

Zoey Rahman

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat video siaran langsung menunjukkan Zoey sedang memujuk Mass yang kelihatan menangis sambil mengelap air mata wanita itu pada skrin telefon miliknya seolah-olah mereka berada ditempat yang sama.

@heyitsfatam Korang stay sampai habis ke episode 8 malam smlm ? 🤣🤣🤣 @Zoeyrahman @Mass Factorz 🫶🏻🫶🏻 #fyp ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kesal terhadap layanan mesra yang ditunjukkan Zoey kepada Mass sehingga mampu membuatkan wanita itu jatuh hati kepadanya.



Bagaimanapun, menerusi video lain yang juga tular di TikTok, Zoey menjelaskan, bahawa dia tidak berniat untuk mempermainkan perasaan wanita.

Jelasnya, Mass adalah seorang wanita istimewa dan dia sekadar mahu menceriakan kehidupan wanita berkenaan, selain memberi produk keluaran Mika Series.

“Mass ada kekurangan, dan juga ada gifted yang dia ada. Mass bukan seperti kita, hari-hari boleh melepak ke cafe, dia hanta dua tiga kali je boleh keluar rumah.

“Jadi saya hanya datang dalam hidup Mass ataupun dalam siaran langsung ni hanya untuk menceriakan dia sahaja.

“Bagi moral support, produk Mika Series kepada dia supaya Mass ada sesuatu yang boleh dibuat di rumah.

“Cuba bayangkan, dia hanya boleh baring sahaja di rumah, tak boleh berjalan, tak buat apa-apa so boleh akan wujud masalah mental.

“Ini cara kita untuk ubaiti Mass jadi lebih bahagia. Itu adalah matlamat saya sebenarnya. Saya bukan nak bagi Mass harapan, tapi saya dah beri pesanan awal-awal kami hanyalah bestie.

“Kami tak sabar nak berjumpa pada 29 Mac nanti,” ujarnya menjernihkan keadaan.

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Siapa Pun Bagitahu” – Zoey Rahman Perjelas Isu Dimalukan Di Anugerah Berprestij, Rupa-Rupanya…

Artikel Berkaitan: Mahu Lebih ‘Confident’ & Jaga Penampilan Diri, Zoey Rahman Mengaku ‘Buat Muka’ – “Orang Tak Suka Abaikan Saja”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 11 Jan 2024
Featured Thu, 21 Aug 2025
Trending Fri, 20 Dec 2019
Featured Fri, 26 May 2023

Dilamar Selepas Jadi Juara, Dinda Dania ‘Lari-Lari’ Nak Ke Mana?

Lari-Lari pergi mana tu? Comel je Dinda ni!

Featured Fri, 18 Jun 2021

Syafiq Kyle & Mimi Lana Kembali Bersama, Sedia Untuk Berumah Tangga

Pasangan serasi, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali menjalinkan hubungan cinta setelah berpisah baru baru ini. Menurut Mimi lagi pelbagai perkara berlaku yang mengajar dirinya untuk menjadi lebih matang sepanjang enam tahun menjalinkan hubungan bersama […]

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Trending Fri, 30 Nov 2018

Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter ‘Menelan’ Bandar China

Tembok pasir setinggi 100 meter dilihat seperti ‘menelan’ seluruh bandar

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Bila Perniagaan Gunakan Ketuhanan Sebagai Tagline…” – Dakwa Jadi Mangsa Plagiat, Fiziwoo Tampil Dedah Bukti

Kata Fiziwoo, , tindakan plagiat yang dilakukan oleh pihak terbabit adalah sangat tidak profesional.

error: Content is protected !!