Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 3:39pm

“Bila Perniagaan Gunakan Ketuhanan Sebagai Tagline…” – Dakwa Jadi Mangsa Plagiat, Fiziwoo Tampil Dedah Bukti

Susulan isu plagiat yang hangat diperkatakan kini, pereka fesyen tempatan terkenal, Fiziwoo tampil mendakwa dan mendedahkan bukti berupa rekaannya yang di ‘ciplak’ oleh pengasas jenama pakaian baju Melayu popular, El Azman.

Kata Pengasas dan pengarah kreatif Fiziwoo iaitu Hafizi Woo, dia telah lama berdiam diri  dan tidak mahu memanjangkan isu.

Namun, tindakan plagiat yang dilakukan oleh pihak terbabit adalah sangat tidak profesional.

“Apabila perniagaan menggunakan ketuhanan sebagai tagline tetapi hasil datang daripada sumber yang tidak berkat.

“Sudah lama saya berdiam dan tidak mahu memanjangkan isu. Tapi itulah sepandai-pandai tupai melompat melincah, ada hari dia akan tergelincah ke lantai jua,” dakwanya.

Perkara itu dikongsi Fiziwoo menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya.

 

View on Threads

 

Sebelum ini, isu plagiat yang diketengahkan pempengaruh popular, Tyra Kamaruzzaman terhadap hasil kreatif dan hak cipta turun temurun milik keluarga suaminya yang juga seorang pereka fesyen, Emran Rijal mendapat perhatian Fiziwoo.

Mana tidaknya, menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran Emran, Fizi memaklumkan, dia juga terpalit dengan isu sama bukan sahaja melibatkan baju rekaannya tetapi kain samping instant keluaran syarikatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 May 2018

Jimin BTS Terima Ugutan Bunuh!

Jimin dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali pada konsert yang bakal diadakan pada September ini

Trending Sun, 24 Apr 2022

Polis Jangka 1.4 Juta Kenderaan Masuk Kedah Aidilfitri Ini

Jangkaan trafik ke Kedah sempena Aidilfitri

Kisah Viral Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Panas! Konsert Mentor Otai Jadi Tumpuan

Setelah hampir seminggu para protege mempelajari lagu tugasan masing-masing dan malam tadi, mereka telah menunjukkan kekuatan vokal mereka bukan sahaja kepada Mentor mereka, tetapi buat para penonton di rumah mahupun dan juga di studio

Events Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Thu, 15 May 2025
Filem Sun, 28 Aug 2022
Featured Wed, 4 Mar 2026

“Ramadan Ajar Kita Erti Sabar & Elak Lakukan Perkara Tak Baik”- Fazura Kongsi Pesan Ramadan Bikin Ramai Tersentuh

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkongsi refleksi mengenai pengertian Ramadan terhadap dirinya sekali gus mengingatkan orang ramai agar memanfaatkan bukan keberkatan ini dengan terus istiqamah.

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
error: Content is protected !!