Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 24, 2022 @ 2:17pm

Polis Jangka 1.4 Juta Kenderaan Masuk Kedah Aidilfitri Ini

Polis menjangkakan lebih 1.4 juta kenderaan akan memasuki Kedah Aidilfitri tahun ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin, peningkatan kenderaan itu adalah kerana masyarakat dapat pulang menyambut Aidilfitri di kampung selepas dua tahun tidak dapat beraya akibat pandemik COVID-19.

“Kita jangka tahun ini lebih 1.4 juta kenderaan akan masuk ke Kedah berbanding dua tahun lepas iaitu sekitar 500,000 kenderaan. Ini kerana sudah dua tahun kita tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya, jadi apabila sudah dibenarkan tahun ini memang akan ramai yang masuk ke negeri ini.

“Kita juga telah menubuhkan pasukan khas yang akan mengawal dan memantau kesalahan lalu lintas terutamanya di daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim dan Kubang Pasu yang lebih sibuk dan mempunyai kadar kemalangan yang lebih tinggi berbanding daerah lain,” katanya semalam.

Sebelum ini, beliau telah melancarkan Program Jelajah Pra Op Selamat 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Petronas di Petronas Anak Bukit, sempena sambutan Aidilfitri.

Beliau turut menjelaskan lebih 400 anggota bahagian trafik akan bertugas menjaga dan mengawal lalu lintas di Kedah sepanjang Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

“Polis juga akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap samseng jalan raya terutamanya penunggang motosikal yang menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba dan menjalankan aktiviti merempit.

“Lokasi mat-mat rempit ini kita sudah kenal pasti antaranya di Alor Setar, Pokok Sena, Gurun dan Sungai Petani. Jadi, polis ingat menasihati penunggang motosikal terutamanya golongan muda supaya sentiasa mematuhi peraturan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Beliau turut menyarankan ibu bapa untuk memantau keberadaan anak-anak mereka terutamanya golongan remaja yang suka keluar pada waktu malam kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Sat, 29 Nov 2025

“Saya Risau Tak Laku” – Produk ‘Sold Out’, Sokongan Peminat Buat Kamal Adli Menitis Syukur

Kamal Adli akui tak yakin, syukur produk Pak Mat Western sold out

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Min saja ulang banyak kali video PU Riz bersilat 🤣🤣 Terkejut sangat ni hahaa

Hiburan Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!