Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 7, 2023 @ 4:11pm

Larut Dalam Nostalgia, DFP Menggamit Memori Peminat Bersama Exists

Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menjadi saksi indah yang membuktikan kehebatan kumpulan Exists dan penggemar muzik mereka.

Menerusi konsert DFP Presets: Exists yang berlangsung pada 3 Jun lalu, 920 peminat yang hadir menyaksikan persembahan mantap pulang dengan kuntuman senyum yang paling manis.

Ternyata, kumpuan muzik yang dianggotai oleh Musa, Along, Ujang, Ajai, Mamat dan Ezad ini masih kekal dengan taring mereka serta berada dalam kelas tersendiri.

Menghiburkan orang ramai dengan 16 lagu popular, hadirin yang rata-rata berusia lewat 30-an sehingga awal 50-an datang untuk sama-sama menyanyi dan berhibur mengimbau kembali nostalgia zaman remaja membesar dengan naskhah Exists.

Rangkaian lagu seperti Seperti Dulu, Percayakan Siti, Julia, Jesnita, Bunga, Nota Di Lautan Sepi, Untukmu Ibu, Anugerah, Pertama, Masih Terserlah Ayumu, Janji Padamu, Kapal Terbang Kertas, Mengintai Dari Tirai Kamar, Rahsia Pohon Cemara, Langkah Seiringan dan Alasanmu membuatkan penonton larut dalam emosi dan menggamit memori manis.

Menurut Musa, sukar untuk mereka memilih 16 lagu memandangkan mereka mempunyai pelbagai naskhah hebat yang menjadi siulan.

“Sebenarnya agak sukar nak buat pilihan lagu. Masing-masing ada minat tersendiri dan Exists sendiri ada banyak karya popular yang digemari peminat. Jadi, kami himpunkan apa yang diminati oleh peminat serta kami juga menyertakan lagu yang belum pernah kami mainkan.

“Untuk persembahan kali ini, kami bawakan lagu Pertama yang belum pernah lagi dipersembahkan secara live di mana-mana acara atau konsert. Selain itu, kami tidak lupa dengan lagu-lagu popular lain dan menyelitkan segmen akustik dalam persembahan,” katanya.

Seperti biasa, alunan vokal Ezad tidak pernah mengecewakan. Perumpamaan ‘suara sedap macam telan kaset’ sangat layak diberikan kepada anak jati Kedah ini.

Kualiti vokal Mamat juga berada dalam tahap membanggakan. Antara tiga konsert Exists yang dihadiri kebelakangan ini (Konsert Exists Reunion 2019, Konsert Resolusi Exists 2022 dan DFP Presents: Exists 2023), konsert kali ini menjadi saksi persembahan vokal paling baik yang ditonjolkan oleh pemilik nama penuh Mohd Ali Kamarudin ini.

Mengulas mengenai persembahan di DFP, anggota Exists berbangga mereka mendapat peluang untuk beraksi di pentas penuh prestij itu.

“Alhamdulillah, selepas lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, kami akhirnya berpeluang untuk beraksi di DFP. Ini merupakan satu pengalaman manis untuk kami sebagai pemuzik serta peminat yang hadir.

“Sudah tentu suasananya berbeza, mereka datang untuk mendapatkan kualiti terbaik DFP menerusi pementasan dan penataan bunyi terbaik. Kami memang berpuas hati dan penonton pun nampaknya gembira. Insya-Allah jika diberi peluang, kami menyimpan hasrat untuk beraksi dengan Orkestra Filharmonik Malaysia pula selepas ini,” kata Ajai.

DFP seterusnya bakal mempersembahkan konsert Kugiran Masdo (22 Julai 2023), Khai Bahar (11 November 2023) dan Meet Uncle Hussain (2 Disember 2023).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2025
Featured Mon, 16 Jan 2023

Duan Naga Bogho Angkat Martabat Jati Diri Orang Kelantan

Cerita ni best! wajib tengok okay….👍👍👍

Featured Fri, 26 Jul 2024

Rita Rudaini Dakwa Tindakan SUHAKAM Tidak Adil? – “Mana Hak Asasi Arwah Zulfarhan?”

Min setuju dengan Rita! Min rasa isu ni dah settle. Tinggal lagi kes buli ni memang patut dihentikan segera!🔥💥

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Fri, 12 Jul 2024
Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Featured Wed, 4 Dec 2024

Aedy Ashraf Bangga Dapat Bawa Dialek Kelantan – “Tiba Masanya Cerita Pada Malaysia Tentang Asal Usul Saya”

walaupun lahir di Kelantan dan membesar dibanyak tempat, itu tidak menjadi masalah untuknya bertutur dalam loghat tersebut.

Featured Sat, 1 Oct 2022
error: Content is protected !!