Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 3, 2024 @ 10:37pm

Makhluk Halus Muncul Selepas Rakam Episode Akhir Kisah Mistik Zara Zya, Alha Alfa Henti Rakaman Musim Kedua Podcast ‘DiSebalik Misteri’

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Alha Alfa memaklumkan terpaksa menghentikan musim kedua podcast yang menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus berjudul ‘Disebalik Misteri’.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Alha atau nama lengkapnya, Abdul Al-Halim Al-Fadzil, 35, memuat naik tangkapan skrin memaparkan entiti makhluk halus berambut panjang dan berpakaian serba putih seperti pontianak.

Alha menjelaskan sosok makhluk halus tersebut muncul ketika mereka membuat rakaman mengimbas kembali episode aktres jelita, Zara Zya di podcast musim pertama bersama Pak Ngah Kun.

“Guys, dengan ini saya merasakan mata saya dan semua kru tidaklah silap sama sekali, atau bukanlah imaginasi.

“Munculnya ‘sosok’ ini (yang seperti digambar) ketika kami membuat rakaman ‘recap’ musim satu. Makanya saya memohon maaf tidak meneruskan musim kedua.

“Saya tak berani dan memohon maaf pada anda yang menanti. Kepada mereka yang berkata ini adalah sekadar marketing atau editing, sesiapa yang mahir Photoshop, boleh periksa sama ada gambar ini disunting atau betul.

“Gambar ini hasil ‘screenshot’ dari footage asal ketika saya recap episode Disebalik Misteri Zara Zya di YouTube,” tulisnya.

Alha memohon maaf kepada semua penyokongnya yang meminta dirinya untuk mengadakan musim kedua podcast tersebut.

“Nampaknya kami terhenti di musim satu sahaja di atas sebab-sebab tertentu. Terima kasih kepada yang memberi sokongan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, hantaran di IG Alha itu telahpun dipadam selepas 20 minit dimuat naik.

Alha Alfa

Sebelum ini, Zara tidak menyangka kisah peribadinya yang diganggu mahkluk halus menjadi sorotan ramai sehingga masih heboh di seluruh platform media sosial.

Perkongsiannya itu menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas tular sebuah potongan video podcast tersebut memaparkan suara Zara yang berubah menjadi seram ketika menyebut perkataan ‘iblis’.

Zara berkata gangguan mistik itu membuatkan dirinya berperwatakan seperti ular dalam mimpi, selain turut memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan.

Bukan itu sahaja, gangguan ghaib tersebut begitu ekstrem sehingga dia pernah ingin membahan kucing sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Seram! Suara Zara Zya Berubah Ketika Sebut Iblis – “Wallahi Tak Sunting, Itulah Dia!”

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Berkongsi Cerita, Bukan Mengejar Populariti” – Zara Zya Tak Sangka Kisah Diganggu Makhluk Halus Tular

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Buat pertama kali, single Tetap Kamu merupakan gandingan Megat dan Amylea Azizan. Pasti meletop!

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Fail Cerai Bukan Sebab Faisal Halim Tak Ada Duit  & Tak Handsome” – Peguam Isteri Perjelas Punca Cerai

Peguam tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa anak guamnya memfailkan perceraian.

Trending Tue, 4 Dec 2018

Tiga Maut Akibat Letupan Di Kompleks City One Megamall

Restoran berkenaan akan dibuka secara rasmi esok dan hari ini pekerja restoran berkenaan serta pekerja kontrak sedang sibuk membuat persiapan akhir.

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Wany Hasrita Berserah Jika Rumah Tangga Diuji Dengan Isu Curang – “Jaga Sebaik Mana Pun Kalau Dia Nak Buat Jadi Juga”

Apa pun, Min doakan rumah tangga Wany dan suami sentiasa dilindungi olehNya ❤️

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Alif Satar Buang Karakter Lelaki Romantik Demi PIA?

Asyik bawa karakter lelaki romantik je, Alif Satar nekad keluar zon selesa.

Hiburan Thu, 13 Mar 2025

“Mungkin Ada Perbuatan Saya Yang Jijik Atau Meluat” –  Rosyam Nor Syukur Watak Iman Cetus Pelbagai Reaksi Penonton

Rosyam Nor saran penonton tidak menilai drama Keluarga Itu berdasarkan klip pendek

Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Akhirnya Mayat Mangsa Lemas Tiga Beradik Ditemui

Kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Al-Fatihah

Trending Mon, 21 Sep 2020
error: Content is protected !!