Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 1, 2024 @ 3:37pm

[VIDEO] Seram! Suara Zara Zya Berubah Ketika Sebut Iblis – “Wallahi Tak Sunting, Itulah Dia!”

“Wallahi, ketika saya menyebut perkataan iblis, suara saya tak disunting,” demikian respons pelakon, Zara Zya berhubung video tular memaparkan suaranya berubah secara tiba-tiba.

Lebih membimbangkan, Zara turut menjelaskan bahawa suara seram tersebut merupakan iblis yang menganggunya.

“Itulah suaranya, ‘dia’ ada!,” tulisnya di platform Threads.

Zara Zya

Video heboh di platform media sosial itu menjadi sebutan ramai yang terkejut apabila suara aktres jelita ini berubah menjadi seram ketika menceritakan pengalamannya berdepan benda halus.

“Saya pernah bercakap depan cermin, saya tanya. Kau ni siapa? Iblis! (suara berubah) Kenapa suara aku macam itu,” katanya yang turut terkejut.

Zara mendedahkan dia diganggu makhluk halus dalam podcast Di Sebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun di YouTube, baru-baru ini.

Aktres drama rantaian popular Risik Pada Hati ini berkata gangguan mistik itu membuatkan dirinya berperwatakan seperti ular dalam mimpi, selain turut memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan.

Bukan itu sahaja, gangguan ghaib tersebut begitu ekstrem sehingga dia pernah ingin membahan kucing sendiri.

Artikel Berkaitan: Zara Zya Perjelas Status Hubungan Dingin Dengan Bapa Kandung – “Orang Lain Tak Akan Pernah Faham”

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Sekilas Benci Terhadap Dia” – Didakwa Hina & Sanggup Buat Fake Akaun, Ayah Kandung Enggan Ulas Hubungan Dingin Dengan Zara Zya

Artikel Berkaitan: Hubungan Dingin, Zara Zya Dedah Bapa Kandung Sering Lempar Kata Hinaan – “Ada Ayah, Tapi Macam Tiada!”

Artikel Berkaitan: “Orang Yang Dulu Kata Suka Kita, Nak Mengorat Pun Lesap” – Diuji Dengan Sakit, Zara Zya Sedih Hilang Rakan Baik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Syamel Bengang Dicurangi?

Bila cinta didusta…

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Buat Jihan, Dah Jadi Seorang Ibu

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi comel seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan hari ini

Featured Fri, 6 Aug 2021

Noraini Ahmad Umum Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Berkuat Kuasa Serta Merta

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Parit Sulong itu akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas. […]

Featured Thu, 12 Jan 2023
Trending Wed, 25 Apr 2018

Impian Jadi Kenyataan, Remaja Perempuan Dapat Bimbingan Tiger Woods…

Bekas pemain golf nombor satu dunia itu kemudian menulis mengenai pertemuannya dengan remaja berkenaan di Twitter. Bertuah awak dik, gunakan peluang sebaik mungkin ok!

Drama Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!