Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 13, 2025 @ 4:54pm

“Mungkin Ada Perbuatan Saya Yang Jijik Atau Meluat” –  Rosyam Nor Syukur Watak Iman Cetus Pelbagai Reaksi Penonton

Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor bersyukur kerana berjaya membawakan watak Iman dengan penuh penghayatan dalam drama rantaian TV3 berjudul Keluarga Itu.

Menyedari bahawa wataknya sebagai Iman mencetuskan perasaan bercampur-baur dalam kalangan penonton, Rosyam bagaimanapun berharap agar penonton tidak terus cepat menilai drama tersebut berdasarkan klip-klip yang tular di media sosial.

“Drama itu tidak boleh dinilai daripada sedutan atau klip pendek di media sosial sahaja. Ia baru ditayangkan enam episod hingga minggu depan. Bagi saya okay sahaja bila ada tokoh agama dan orang ramai sudah komen.

“Alhamdulillah, saya sudah bawa watak itu sebaik mungkin dan membuatkan orang memberi maklum balas. Kalau ikutkan apa sangat reaksi yang saya buatpun. Mungkin perbuatan-perbuatan itu membuatkan orang geli.

“Bagi saya tanggungjawab untuk bawa watak sebegitu kerana drama itukan mengajar. Tetapi mungkin ada di antara perbuatan-perbuatan saya itu membuatkan orang jijik dan meluat.

“Apapun, itu sekadar lakonan dan alhamdulillah bagi saya jika orang benci watak itu saya bersyukur kerana berjaya memprotretkan watak Iman seperti dikehendik Erma dan Ain (pengarah) dan juga skrip,” katamya.

@tontonmy

🫦🫦🫦 Layan balik drama #KeluargaItu dekat Tonton, pastu korang kira berapa kali dia 🫦 .. Rawrr..

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY

Sejak drama ini ditayangkan, ada segelintir penonton yang menyamakan ekspresi wajah Rosyam dengan individu dalam beberapa video viral sebelum ini namun begitu aktor ini menegaskan bahawa lakonannya tidak merujuk kepada sesiapa.

“Bagi saya tidak ia membabitkan sesiapa. Saya berlakon tidak nak tuju pada siapa-siapa. Berbekalkan bakat dan pengetahuan saya sahaja. Malah itu berlaku kepada semua orang kalau nak menggatal atau membuat panggilan pada wanita wajah-wajah demikian yang akan muncul.

“Perkara ini memang berlaku kepada masyarakat dan perlu dikupas supaya menjadi pengajaran untuk generasi akan datang.

“Kalau kita nak sorok susahlah sebab sebenarnya medium hiburan itu juga boleh jadi platform untuk dakwah. Jadi jika kita melihat kepada kebaikan ia akan menjadi baik begitu juga sebaliknya,” ujarnya lagi.

Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.

Drama ini mula ditayangkan sejak 28 Februari lalu dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 9 Nov 2019

任贤齐兴奋「回家」开唱!扬言要当大马拿督

几乎年年都「回家」开唱的任贤齐,周五(8日)再次登上云顶云星剧场舞台举办《齐迹》演唱会;粉丝频频大胆告白,让小齐直呼 “我决定要搬来吉隆坡住,我要当大马拿督!”

Hiburan Mon, 28 Apr 2025

[VIDEO] Momen Anak Fattah Amin Lambai & ‘High 5’ Amira Othman Curi Tumpuan

Fatima dilihat mesra melambai dan high 5 Amira Othman

Hiburan Tue, 3 Jul 2018
Trending Sun, 15 Mar 2020

[TERKINI] “Kami Mahu Pulang Secepat Mungkin, Makin Ramai Yang Mati” – Luahan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali

Semoga rakyat Malaysia yang kini berada di luar negara berada dalam keadaan baik

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Dari Peminat Ke Pentas Idola, Impian Sedekad Insomniacks Tercapai… Jadi Pembuka Konsert 5 Seconds of Summer!

Impian 10 tahun Insomniacks akhirnya menjadi kenyataan apabila dipilih sebagai artis pembuka tirai konsert 5 Seconds of Summer (5SOS) di Malaysia pada 17 November dan 4 Disember depan.

Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

error: Content is protected !!