Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 7, 2026 @ 4:28pm

Ajak Orang Ramai Menghayati al-Quran, PU Riz Anjur Majlis Quranic Madani di Bukit Bintang

Usaha mendekatkan masyarakat dengan al-Quran terus diperkasakan apabila pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz bakal menganjurkan program Quranic Madani – Night Reset: Bersatu Dalam Saf pada Jumaat ini di kawasan hadapan Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang.

Menurut PU Riz, program yang berlangsung secara percuma itu diadakan sebagai inisiatif mengajak masyarakat meluangkan masa bersama al-Quran menerusi aktiviti bacaan dan penghayatan secara beramai-ramai.

“Insya-Allah, pada malam Jumaat ini kita akan adakan satu program khas berkaitan al-Quran menerusi Quranic Madani. Harapan kami supaya lebih ramai masyarakat dapat hadir untuk membaca dan memahami al-Quran bersama-sama.

“Program ini terbuka kepada semua dan tiada sebarang bayaran dikenakan,” kata pemilik nama penuh Muhammad Haris Mohd Ismail ini.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata lelaki itu lagi, program berkenaan turut memberi penekanan terhadap pendedahan awal hafazan al-Quran kepada golongan kanak-kanak, khususnya melibatkan Juzuk 30.

“Kami mahu anak-anak kecil seawal usia tiga hingga sembilan tahun mula didedahkan dengan hafazan al-Quran bermula daripada Juzuk 30.

“Kami percaya usaha mendekatkan masyarakat dengan al-Quran perlu bermula sejak kecil kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Dalam masa sama, suami kepada selebriti popular Neelofa itu turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama memeriahkan program yang dijadual bermula jam 8.30 malam itu.

“Kami jemput semua untuk hadir bersama-sama di hadapan Pavilion Bukit Bintang pada jam 8.30 malam. Kita baca al-Quran dan hayati kalam Allah bersama-sama.

“Mudah-mudahan usaha kecil ini membawa keberkatan buat negara kita dan dapat mengangkat kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Program Quranic Madani – Night Reset: Bersatu Dalam Saf dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana santai di tengah bandar raya Kuala Lumpur dengan matlamat memperkukuhkan kefahaman serta kecintaan terhadap al-Quran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima […]

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

Featured Fri, 9 Dec 2022

Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai. @ciknurul06 Amalan mengelakkan permusuhan #ceramah #ceramahpendek #selfreminder #ustazabdullahkhairi #fyp #fypシ ♬ original sound – ciknurul06 Perkongsian […]

Featured Tue, 20 Sep 2022

Aaron Aziz Stalk Mesej Anak Perempuan di Instagram

Betul memang kena pantau pun lagi-lagi budak zaman sekarang lagi advance, lagi pandai 👀

Featured Fri, 8 Sep 2023

Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

‘Tak ada solusi nak hentikan anak mereka sendiri’ – Misya. Hmm 🥵 Ini parah niii

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Niena Baharun Kini Bergelar Ibu… Tahniah!

Niena memilih untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan kerana menyedarinya dirinya seorang yang penakut.

Featured Tue, 2 Jul 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022

Pelbagai Program Baharu Bakal Dilancarkan, Molek FM Lebar Sayap Ke Kuantan!

Molek FM ada di Kuantan doh! Gu Pantai Timur! Boleh dengar menerusi frekuensi 100.4 FM 🤩🤩

error: Content is protected !!