Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 8, 2023 @ 3:03pm

Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

Anak pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim sehingga kini masih hangat menjadi sebutan di seluruh platform media sosial.

Ia ekoran timbul dakwaan Marissa telah menganggu rumah tangga dan menjalinkan hubungan cinta bersama bekas suami wanita dikenali sebagai Misya, sehingga perkahwinannya terlerai.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai yang mempertikaikan tujuan sebenar Misya yang mendedahkan perkara tersebut di platform X.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Isu Penyondol, Nama Marissa, Norman Hakim & Abby Abadi Trending Di Platform X

Jelas Misya, perkongsian mengenai isu rumah tangganya itu telahpun dipersetujui oleh ahli keluarga Marissa, iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi sendiri.

“Keluarga pihak sana, memang tahu ya tentang isu nak viralkan ni sebab tak ada solusi nak hentikan anak mereka sendiri.

“Dari mereka juga keizinan viral kisah ini. Saya dah buat laporan polis semalam sebelum buat thread ini,

“Dan untuk pengetahuan juga saya memang dah info keluarga sana untuk viralkan, so dorang maklum saja,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Marissa heboh menjadi perbualan ramai di media sosial selepas berbangkit isu mendakwa dirinya menjadi penyondol rumah tangga individu bernama Misya.

Malah, Misya turut mendedahkan bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa, ketika itu dia belum mencecah usia 18 tahun lagi.

Susulan itu, Misya turut memuat naik video bekas suaminya, Aslam yang mengakui sudah cuba untuk berubah namun gagal apabila Marisa mengejarnya semula untuk berada di pangkuannya.

Bagaimanapun, ibunya Abby Abadi mempertahankan anaknya itu dan bakal memberikan kenyataan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol
 Siap Check-In Di Hotel?

Artikel Berkaitan: Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga
 Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan
”

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Jan 2026
Events Thu, 5 Sep 2019

AKB48 Team TPäșŒæœŸç”Ÿæ‹›ć‹ŸïŒæˆć‘˜ćˆ†äș«ç»éȘŒïŒšćšè‡Șć·±ćŠ†äžèŠć€Ș攓

20ćčŽć‰ç­Ÿäž‹PennyæˆŽäœ©ćŠźçš„ă€Œć°æčŸć€©çŽ‹ć€©ćŽćč•ćŽæŽšæ‰‹ă€é™ˆć­éžżïŒŒç›žéš”ć€šćčŽć†æ„驏äžșAKB48 Team TPæ‹›ć‹Ÿæ–°æˆć‘˜ïŒŒćžŒæœ›æŠŠæœ‰æœœèŽšçš„ć„łç”ŸćžŠćˆ°ć°æčŸć—èź­ć’Œć‘ć±•ă€‚

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Rindu Nak Dengar Dia…” – Netizen Harap Mila Jirin Comeback, Diberi Peluang Sertai Pertandingan Nyanyian

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin sudah lama menyepi dalam industri nyanyian kerana menceburi bidang baharu. Sibuk menguruskan perniagaan Bizmilla Wedding Centre, bukan suatu perkara yang mudah untuk anak jati Pulau […]

Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

error: Content is protected !!