Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2024 @ 8:23pm

Remake ‘Sampai Menutup Mata’ Hingga Dikritik Segelintir Pihak, Acha Septriasa Tampil Backup Mahalini- “Awaklah Pemilik Sebenar Lagu Itu” 

Penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa tampil mempertahankan selebriti, Mahalini yang dikritik segelintir pihak selepas menyanyikan semula lagu hits aktres filem My Heart itu yang berjudul Sampai Menutup Mata.

Menerusi ruangan komen di YouTube official HITS Record, Acha mengucapkan terima kasih kepada isteri penyanyi, Rizky Febian itu kerana sudi membawakan lagunya yang mempunyai banyak kenangan sejak awal kemunculan dalam industri seni.

Pelantun lagu popular Berdua Lebih Baik ini memuji cara nyanyian Mahalini yang menyanyikan lagu tersebut dari sisi yang berbeza sehingga membuatkan Acha naik bulu roma.

“Mahalini.. aku tonton video klip ini sewaktu masih 70,000 tontonan. Terima kasih sudah membawakan lagu ini. AKu jadi mendengar lagi lagu ini, setelah lama tak pernah dengar.

“Jujur banyak kenangan dari lagu ini di saat awal aku berkarier sebagai penyanyi soundtrack. Banyak yang dipertahankan dari lagu ini, tapi kamu mampu membuatnya menjadi lebih powerful, berbeza dan ada part-part tertentu benar membuat aku merinding,” katanya.

Acha Septriasa

Sementar itu, Acha turut mengakui dia amat mengagumi bakat Mahalini sejak awak kemunculannya dalam industri muzik Indonesia.

“Sejak nama awak wujud dalam industri muzik, awak salah seorang jaguh saya. Awak lah pemilik ‘Sampai Menutup Mata’, I love you Mahalini,” katanya lagi.

Video ‘remake’ Sampai Menutup Mata’ nyanyian Mahalini itu menerima respons orang ramai yang menyukai versi pelantun lagu popular Sial itu namun ada juga segelintir pendengar yang mengkritik.

Sebelum ini, komposer dan penyanyi, Melly Goeslaw mengalirkan air mata apabila menonton lagu ciptaannya itu yang dinyanyikan oleh Mahalini.

Sekadar info, video tersebut telah meraih tontonan lebih 3 juta di platform YouTube.

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Pertemuan Dengan Wan Azizah, Acha Septriasa Terharu Dapat Hadiah Tasbih & Dibekalkan Makanan

Artikel Berkaitan: “Kembalikan Mahalini Yang Dulu” – Netizen Kecewa Lihat Penampilan Terbaru Mahalini Selepas Buat Pembedahan Hidung Di Korea

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Hanya Bercuti, Bukan Berhenti’- Nubhan Nekad Kembali Aktif Menyanyi

Tiga tahun tanpa single, finally Nubhan is back!

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Semoga Semua Ibu Tunggal Terus Kuat, Anda Insan Luar Biasa”- Fazura

Memilih ketenangan berbanding ‘drama’ bukanlah satu kelemahan sebaliknya itu adalah tanda untuk tumbuh lebih cemerlang.

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

Diketawakan Sejak Kecil… Jelly Belly Nekad Turunkan Berat Badan Secara Sihat – “Pernah Terfikir Nak Potong Usus Tapi…”

Akhirnya, tertunai juga hajat ibu nak tengok Jelly Belly masuk TV dan bergelar penyanyi!

Featured Fri, 13 Mar 2026

“Sayang Jangan Sampai Hanyut, Benci Jangan Sampai Melarat” – Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana berkongsi pesanan ringkas mengenai perasaan sayang dan benci menerusi perkongsian di platform media sosial miliknya.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Thu, 21 Oct 2021

Jadi OST Drama Bersiri Tahyul TV3, ‘Demi Kamu’ Buah Tangan Terbaharu Indah Ruhaila

Indah Ruhaila bukan nama baharu dalam industri muzik tanah air. Nama penyanyi genit ini telah melonjak naik selepas berjaya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 2015 dengan lagu bejudul Percayalah. Seterusnya, langkah Indah tidak terhenti […]

error: Content is protected !!