Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 21, 2021 @ 3:15pm

Jadi OST Drama Bersiri Tahyul TV3, ‘Demi Kamu’ Buah Tangan Terbaharu Indah Ruhaila

Indah Ruhaila bukan nama baharu dalam industri muzik tanah air. Nama penyanyi genit ini telah melonjak naik selepas berjaya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 2015 dengan lagu bejudul Percayalah.

Seterusnya, langkah Indah tidak terhenti dan beliau terus melahirkan lagu-lagu lain. Terbaharu, Indah tampil dengan karya terbaru yang bertajuk Demi Kamu.

Lagu Demi Kamu ini merupakan hasil tulisan Johan John dan liriknya ditulis oleh Khaleel. Lagu ini menceritakan tentang perasaan kecewa seorang wanita yang ditipu dan dipermainkan sehingga menghantui kekasih lamanya.

Lagu Demi Kamu ini juga menjadi OST kepada drama bersiri bergenre seram, ‘Tahyul’ dan menampilkan pelakon-pelakon muda yang sedang meningkat naik.

Drama Tahyul kini sedang rancak disiarkan menerusi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3.

Tahyul menampilkan lakonan bintang muda iaitu Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly dan ramai lagi.

Lagu Demi Kamu ini juga sudah boleh didengari di semua digital platform bermula 12 Oktober 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
Trending Fri, 7 May 2021

Jangan Marah-Marah, Rebut Peluang Bermaafan Di Syawal Ini!

Setelah sebulan berpuasa, hari paling dinanti adalah sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulanya bulan Syawal. Meski tahun ini sekali lagi Aidilfitri disambut di dalam musim pandemik, hari raya masih boleh disambut dengan penuh […]

Hiburan Sun, 2 Apr 2023

Resipi Masakan Terlalu Berminyak, Khairul Aming Ditegur Pakar Perubatan

Tak kisahlah banyak minyak ke tak janji sedap!

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
error: Content is protected !!