Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 21, 2023 @ 5:14pm

Cover Lagu Seribu Tahun, Jaz Hayat Tak Sangka Dapat Sambutan Peminat

Penyanyi Jaz Hayat tampil dengan single terbarunya yang berjudul ‘Seribu Tahun’ yang merupakan lagu saduran atau cover daripada penyanyi asal Imran Ajmain yang pernah popular pada tahun 2007.

Lagu ini juga telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposisi asal Taufik Batisah dan penerbit lagu iaitu Seek yang membawa unsur yang fresh dan terkini.

Menurut Jaz, sebelum ini dia tidak sangka nyanyian cover lagu tersebut mendapat sambutan dalam kalangan peminat biarpun hanya berkongsi selama 30 saat.

“Pada awalnya, saya sangat sukakan lagu ‘Seribu Tahun’ ini dan dijadikan sebagai content di Instagram dengan durasi satu minit 30 saat itu tiba-tiba mendapat sambutan daripada peminat.

“Setelah itu, saya dan pihak syarikat rakaman Sony Music Entertainment berbincang untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran untuk keluaran single terbaru pada tahun ini selepas keluaran single ‘Bersamamu’” katanya.

Selain itu, Jaz meluahkan rasa teruja menghasilkan lagu ini dan berharap agar pendengar dapat kaitkan dengan pengalaman peribadi masing-masing.

“Menurut Jaz lagu ini mengenai kesetiaan seseorang yang akan bertahan seribu tahun lamanya dan adakah ia mampu bertahan selama itu? Keunikkan lagu ini juga tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar” jelasnya.

Dalam pada itu, Jaz menganggap lagu ‘Seribu Tahun’ mempunyai makna lirik yang mendalam dan melodi yang indah.

“Ketika saya sekolah menengah, ‘Seribu Tahun’ sudah pun popular di Kawasan Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Malaysia. Lagu ini mempunyai lirik yang indah dan melodi yang menarik.

“Genre ballad ini juga dapat mengembalikan cara nyanyian asal saya seperti single pertama dahulu” katanya.

Selain itu, lagu ‘Seribu Tahun’ ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, apabila telah disenaraikan di dalam empat buah playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.

“Jaz tidak sangka lagu ini mendapat sambutan daripada Malaysia, dengan pencapaian ini Jaz mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas sokongan kerjaya saya terutamanya lagu ‘Seribu Tahun’ ini. Semoga tahun akan datang saya akan menghasilkan karya-karya yang lebih banyak dan berkualiti tinggi” Jaz menjelaskan rasa bersyukurnya.

Lagu ‘Seribu Tahun’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Gandingan Mantap Henry Golding Dan Emilia Clarke Dalam…

Selepas Crazy Rich Asian, beliau sekali lagi akan bergadingan dengan watak utama drama bersiri Games Of Thrones

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Bakal Ibu Mertua Puji Nick Jonas Matang

Pasangan ini dilaporkan bakal berkahwin tak lama lagi dalam suasana penuh gemilang dan perkahwinan bakal diadakan bertemakan tradisi India.

Trending Fri, 13 Mar 2020
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Aman Aziz Hadiahkan Peminat dengan ‘Ching Ching Raya’

Wah dah lama tak tengok Aman Aziz menyanyi

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir tampil dengan Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf.

Hiburan Fri, 15 Mar 2024
error: Content is protected !!