Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 8, 2023 @ 6:30am

Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel?

Ibu dua anak yang dikenali dengan nama Misya tampil mendakwa seorang gadis berusia 18 tahun yang merupakan anak kepada pasangan artis menjadi penyebab kehancuran perkahwinannya.

Meluahkan perasaan di platform X malam tadi, Misya mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi penyondol rumah tangga yang telah dibina selama tiga tahun.

Lebih buruk, Misya menampilkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.

Dakwa Misya, biarpun sebelum ini gadis itu bersama keluarga telah datang memohon maaf dan tidak mahu lagi mengganggu rumah tangga mereka, janji tinggal sekadar janji dan akhirnya perceraian berlaku.

Dakwa Misya, dia akhirnya bersuara dan menularkan perkara ini menggunakan platform media sosial kerana telah dicabar oleh bekas suami serta gadis itu.

Rata-rata pengguna X terkejut dengan dakwaan dan pendedahan Misya serta seakan tidak percaya gadis yang baru berusia 18 tahun sudah berjaya menjadi penyondol.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan Misya di platform X menerima lebih 1,500 ulang ciap serta hampir 300,000 views.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Trending Fri, 2 Mar 2018

Takziah Keluarga Mendiang Evelyn Gek Suan

Wanita berusia 44 tahun itu meninggal dunia awal pagi tadi selepas bertarung nyawa hampir tiga bulan. Dalam kejadian yang menyayat hati itu, Evelyn dilanggar dari arah belakang di Batu 2, Jalan Kapar yang menyebabkan kecederaan parah.

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]

Selebriti Wed, 15 Nov 2023

Bekas Anggota Kumpulan In-Team Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Innalilllahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah

Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Disangka Anak, Rupanya Michelle Yeoh Timang Cucu

Allahu maafkan min! Apa-apapun, tahniah Michelle & Todt selamat bergelar grandparents

Featured Fri, 10 Jun 2022
error: Content is protected !!