Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 18, 2024 @ 11:58am

Dianggap Tidak Waras Gara-Gara Tolak Kerjasama Jenama Terkemuka, Hati Yuna Tetap Teguh Bersama Palest*n

Penyanyi Yuna mendedahkan dirinya pernah dianggap tidak waras kerana menolak untuk bekerjasama dengan jenama terkemuka Pro-Israel, sejak 3 November lalu.

Menurut Yuna, rakan-rakannya menyifatkan keputusan itu tidak bagus untuk kariernya, namun hatinya tetap teguh mempertahankan nasib mereka yang berjuang di Palestin.

“Saya pernah beritahu rakan-rakan di Los Angeles dan Kuala Lumpur tentang keputusan berhenti bekerjasama dan memakai jenama ‘Z’ pada November 2023.

“Ada rakan saya kata saya gila dan ia tidak bagus untuk saya, malah ada di antara mereka menukar topik perbualan apabila saya beritahu melihat foto menyayat hati dari Gaza dan ada yang menukar topik, ada juga yang menayang gincu dan sebagainya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Mengakui dirinya tidak sempurna, Yuna bagaimana pun mahu lakukan yang terbaik untuk menunjukkan sokongan terhadap negara yang ditindas oleh golongan Zionis itu.

“Tak salah untuk mencuba, hanya perlu berani dan ada tulang belakang (sokongan).

“Terfikir tak ada orang yang kehilangan pekerjaan, biasiswa, ditangkap, disiksa dan diganggu kerana bercakap tentang genocide?,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yuna turut berkongsi kepayahan yang dialaminya gara-gara nekad memberikan sokongan kepada Palestin.

Malah, dia berharap agar orang ramai sedar dan terus bersatu hati memboikot jenama Pro-Israel demi menghentikan kekejaman yang berlaku di Palestin.

“Ada lelaki mengambil foto saya memakai rantai tembikai (bendera Palestin) untuk menakut-nakutkan saya.

“Instagram juga meminta peminat melaporkan akaun saya. Kita semua kena korbankan sesuatu. Ia tidak akan menjadi jika peminat memboikot restoran makanan segera dan kami mempromosikan beg $10,000.

“Kita kena bersatu. Ribuan kanak-kanak di Gaza terkorban setiap hari dan kita tidak boleh nak berpura-pura tidak tahu bawah 90% jenama itu penyumbang kepada mereka untuk membeli peluru dan senjata,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Mon, 18 May 2020
Events Sat, 24 Aug 2024

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Moga misi pencarian dijalankan dan mangsa berjaya dijumpai😥

Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Featured Tue, 12 Dec 2023
Trending Thu, 4 Nov 2021

Killa Driz Akui Perlu Ada Kelainan Untuk Diterima

Hampir setahun bergerak secara rasmi ke dunia hiburan mainstream, nama Killa Driz mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat. Namun untuk underground scene, lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik dan sudah mengumpul peminat tersendiri. Meskipun sudah […]

Featured Fri, 16 Aug 2024
Hiburan Tue, 24 Jun 2025

Alif Satar Bimbang Keselamatan Keluarga & Rakan Di Doha

Alif Satar bimbang keluarga dan rakan di Doha, Qatar

error: Content is protected !!