Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 24, 2024 @ 1:17pm

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Anak sulung mangsa yang merupakan seorang wanita India yang terlibat dalam insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India memohon agar pihak berwajib menyelamatkan ibunya.

Lelaki berusia lingkungan umur 26 tahun yang dikenali sebagai Surya itu difahamkan baru tiba di Malaysia dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri usaha pencarian ibunya.

Menerusi video yang dikongsikan, Surya yang memakai baju putih berkotak hitam dilihat gagal menahan kesedihan dan terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga serta kenalannya yang berada di situ.

 

Difahamkan, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus itu turut menggunakan strategi baharu dengan dua penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) memasuki saluran kumbahan milik syarikat Indah Water Konsortium (IWK).
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Nordin Pauzi berkata,  jika sebelah pagi operasi SAR lebih tertumpu di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh, pencarian akan terus dilakukan di sepanjang jajaran paip kumbahan syarikat utiliti itu.
Malah, Ketua Polis Dang Wangi, Sulizme Affendy Sulaiman memaklumkan, aktiviti pencarian masih terus dijalankan seawal pukul 10.30 pagi tadi walaupun sebarang petunjuk yang mengatakan mangsa Vijayaletchumy, 48, dari Andhra, Kuppam, India itu tidak dijumpai sekitar main road yang terletak di Wisma Yakin.
Sekadar info, kawasan Jalan Masjid India menjadi tumpuan pengamal media pada Jumaat susulan insiden seorang pelancong wanita warga India dikhuatiri terperangkap dan tertimbus selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa juga telah berjalan selama 16 jam.
Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Radja & Wali Band Bergabung Dalam Pentas RadjaWali, Gegar Idea Live Arena Januari 2026

“Pentas RadjaWali Live in Malaysia” yang dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Featured Fri, 30 Aug 2024
Featured Fri, 4 Jul 2025
Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Featured Tue, 21 Sep 2021
Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Nidji Bawa Sentuhan Magis ‘Teman Sejati’ Dalam Filem Ejen Ali The Movie 2

Lagu tema Ejen Ali The Movie 2 berjudul Teman Sejati dendangan Nidji kini menjadi buah mulut peminat!

error: Content is protected !!