Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 19, 2024 @ 1:50pm

Tak Kisah Tutup Kilang, Khairul Aming Dedah Belanja Staf Bercuti Cecah RM300,000 – “Kalau Termasuk Kos Production Dalam RM1 Juta”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mengakui tidak kisah untuk menutup kilang selama beberapa hari demi membawa pekerja-pekerja bercuti.

Menerusi video tular siaran langsung di platform TikTok, Aming mendedahkan kos perbelanjaan dan kos kerugian kedua-duanya boleh mencecah hingga RM1 juta.

“Ada dua kos. Kos yang pertama adalah kos untuk bawa staf bercuti seperti makan, hotel, perjalanan, aktiviti dan duit poket.

“Manakala kos yang kedua adalah kos kita tutup kilang… saya tutup lima hari. Kalau campurkan kedua-dua kot itu ianya hampir sejuta ringgit.

“Tetapi kita bukanlah menggunakan wang sehingga sejuta ringgit untuk bercuti. Produciton lost boleh cecah RM700,000 ke RM750,000. Untuk percutian staf dalam RM200,000 ke RM300,000,” katanya.

Namun begitu, pemenang Creator of The Year TikTok Awards 2023 ini menjelaskan bahawa dia akan mengekalkan budaya meraikan pekerja untuk setiap tahun meskipun perlu menanggung kos kerugian menutup kilang.

“Tetapi saya tak kisah, itu adalah kos yang memang saya dah peruntukan setiap tahun untuk meraikan staf. Insya-Allah, kami akan kekalkan budaya seperti ini dan memastikan ada masa untuk bawa staf pergi bercuti walaupun tutup kilang,” katanya.

@khairulamingfans_

🗣️: ‘Berapa banyak spend bawak staff pergi bercuti?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #khairulamingtravel

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Sebelum ini, Aming menutup kilang selama lima hari bagi membawa pekerjanya seramai 100 orang bercuti ke Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: Terima Surat Penghargaan Rasmi Dari Perdana Menteri New Zealand, Khairul Aming Bikin Netizen Bangga – “Luar Biasa! Influencer Yang Patut Dicontohi Anak Muda”

Artikel Berkaitan: “Lapan Tahun Lalu Saya Rakam Video Pertama Atas Lantai, Hari Ini Dapat Keistimewaan…” – Khairul Aming Masak Untuk Presiden New Zealand

Artikel Berkaitan: Belanja Staff Shopping Raya Setiap Tahun, Pengikut Khairul Aming Berseloroh: “Selalu Boss Orang Je Macam Ni…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Dituduh Jadi Penyondol, Bekas ‘Stylist’ Selebriti Tampil Bersuara!

Bekas stylist Fazura tampil bersuara dakwaan jadi penyondol buat kali kedua

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

TIAP KALI NAK BUAT SOLO JE, SANGKUT – TAM SPIDER

“Saya nak ulang balik kejayaan dulu bukannya susah tapi sekarang saya faham ada ramai pendatang-pendatang baru dalam industri muzik jadi saya kena sokong mereka”.

Events Thu, 14 Mar 2019

Karya Menarik DFKL2018 Sepanjang Mac Ini!

klip -klip menarik yang belum pernah dikongsi dimana-mana platform juga ada di Youtube Drama Sangat tau!

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

Ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut – Datin Alyah

Trending Sat, 21 Mar 2020
Featured Sat, 4 Feb 2023

Azira Shafinaz Mengakui Hati Sudah Dimiliki – “Bohonglah Jika Saya Tidak Cemburu…”

Wahh siapa jejaka bertuah tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Thu, 11 Dec 2025
error: Content is protected !!