Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 11, 2022 @ 1:59pm

“Ameena Nak Pinjam Baju Umi Boleh” – Gelagat Anak Shakilla Khoriri Undang Tawa Peminat

Gelagat anak pelakon Shakilla Khoriri, Ameena Sofia sekali lagi menjadi tumpuan dalam kalangan peminatnya selepas si kecil itu meluahkan keinginannya untuk memakai baju ibunya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shakilla telah memuat naik video anaknya yang menyatakan hasratnya untuk memakai baju ibunya apabila sudah dewasa nanti.

“Umi, nanti Ameena dah besar pakai baju ni tak boleh. Ini untuk budak-budak. Ameena nak pinjam baju Umi boleh?,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menyaksikan respons Shakilla yang sangat terkejut dan terhibur dengan permintaan anaknya yang kini sudah berusia tiga tahun itu.

“Dia baru 3 tahun tapi dia punya nak pinjam baju Umi tu awal betul eh booking,” tulisnya.

@shakillakhoriri Dia baru 3 tahun tapi dia punya nak pinjam baju Umi tu awal betul eh booking 😂🤚🏻#AmeenaSofia ♬ original sound – shakillakhoriri

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respons dari peminatnya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat si kecil itu.

“Baju je takpe awak. Saya ni anak saya cop gelang emas saya nak dapat pun punya la susah. Lepas tu nak belikan pilih yang jenis sama..MasyaAllah.

“Awat pandai sangat ni..

“Comel betullah Ameena ni.

“Sebab dia tahu, baju umi dia lawa lawa,” komen peminatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Featured Mon, 1 Dec 2025

“Golongan Songsang Tiada Tempat Di Dunia” – PU Riz

PU RIZ tegas dengan pendiriannya menegah perbuatan golongan tersebut yang ternyata melanggar ajaran agama.

Featured Wed, 15 Nov 2023

Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Sampai macam tu netizen back up Shakilla👋👋👋

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Hanis Zalikha Jual Minyak?

Minyak masak macam Alif Satar ke?

error: Content is protected !!