Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 4, 2023 @ 3:01pm

Azira Shafinaz Mengakui Hati Sudah Dimiliki – “Bohonglah Jika Saya Tidak Cemburu…”

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mengakui hatinya sudah dimiliki namun masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Memetik laporan Berita Harian, teman lelakinya itu bukan di kalangan orang seni dan masih belum bersedia untuk mendedahkan identitinya sebelum mempunyai ikatan yang sah.

“Bukan hendak berahsia, tetapi jika orang tahu, tahulah. Sekiranya ada yang terserempak saya bersama teman lelaki, saya tidak akan sorok.

“Cuma, saya tidak selesa berkongsi dalam media sosial kerana tidak mahu sering dipersoalkan bila mahu mendirikan rumah tangga.

“Atau seandainya berlaku sesuatu dalam perhubungan, tidaklah kami menjadi bahan kecaman atau dituduh asyik bertukar pasangan. Jadi saya akan berkongsi sekiranya semuanya sudah pasti,” ujarnya.

Mengulas tentang keinginannya untuk berkahwin, hatinya juga sudah terjentik mahu memiliki zuriat apabila melihat rakan baik bahagia disamping keluarga dan anak-anak.

“Bohonglah jika saya tidak cemburu melihat rakan seusia bahagia memeluk anak masing-masing. Ada masanya, saya berbisik sendirian bila agaknya saya akan mempunyai cahaya mata.

“Saya suka dan rapat dengan anak-anak buah, jadi tentulah ada rasa keinginan memiliki anak sendiri.

“Lagipun, saya masih tinggal bersama keluarga, sesekali timbul keinginan mahu menjalani hidup sendiri bersama suami dan anak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.   View this post on Instagram   A post shared by 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗬𝗦𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗨𝗗𝗜𝗡 🌻 (@imantroye) Menerusi perkongsian yang dimuat naik […]

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Trending Thu, 15 Jul 2021

Semak Cara Mohon Bakul Prihatin Negara, Khas Buat Keluarga Yang Terkesan

Bakul Prihatin Negara adalah bantuan untuk keluarga yang terkesan ♥

Featured Mon, 23 Aug 2021

Didakwa Enggan Ambil Vaksin, TMJ Bakal Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru

Kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19. Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka. Ekoran pendedahan ini, […]

Featured Thu, 4 Nov 2021
Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Gmie Screen Meninggal Dunia

Vokalis kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim, 51, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Berita ini disampaikan oleh kumpulan rock 90-an, Lestari menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi […]

Hiburan Sat, 31 Mar 2018

Artis Bawa Grab, Kenapa Nak Malu?

“Tiada apa yang hendak dimalukan kerana saya hanya mencari rezeki. Selagi rajin berusaha, Insya-Allah dipermudahkan. Kerjaya seni saya juga masih hijau dan belum ada jaminan,” katanya.

error: Content is protected !!