Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 15, 2022 @ 10:51pm

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

“Saya tak tahu wujud terma seorang penyanyi biasa perlu mengisytiharkan diri sebagai penyanyi nasyid untuk memenangi kategori tersebut. Kalau mahu mempertikaikan kemenangan saya, ambillah piala itu,”

Demikian respons penyanyi tersohor, Datin Alyah susulan kemenangannya dalam kategori nasyid menerusi lagu ‘Thank You Allah’ di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), baru-baru ini dipertikaian sesetengah pihak.

Tampil bersuara mengenai isu berkenaan, Alyah berkata saat lagu tersebut dicalonkan, dia sama sekali tidak pernah terfikir akan meraih kemenangan.

“Pada saya, ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut. Saya sedar dan tahu saya bukan lahir daripada kategori itu, namun saya percaya itu adalah takdir yang telah tertulis.

“Sehingga kini saya masih tertanya dan tak sangka mengapa saya berada di situ, perancangan Allah SWT itu hebat. Jika bukan rezeki, lagu terbaik nasyid ‘Thank You Allah’ itu tidak akan dimenangi oleh saya. Kenapa mesti timbulkan isu ini?

“Saya tahu individu yang mencetuskan isu ini, tapi bertenanglah. Ini hanya satu anugerah, Saya percaya ‘Sabar itu hebat’, jadi bersabarlah. Mungkin ada rezeki pihak berkenaan di lain hari. Rezeki saya juga bukan hari-hari, jadi percaya pada rezeki itu yang saya pegang sepanjang 22 tahun dalam industri,” jelasnya.

Sementara itu, isteri kepada Pengarah muzik Datuk Ramli MS itu turut meminta pihak berkenaan untuk tidak membahaskan perkara yang dianggap mengarut ini.

“Jika masih tidak berpuas hati, ambillah piala itu. Saya bukan tidak hargai, tapi pada saya tidak perlu dibahaskan rezeki Allah SWT. Saya bukan nak mengajar kerana saya tahu diri ini sangat kerdil, perkara ini hanya asbab saya untuk ‘Thank You Allah’.

“Tajuknya adalah ‘Thank You Allah’ jadi syukurlah dengan apa yang kita ada, nafas yang kita hembus hari-hari. Tidak perlu bahaskan perkara ini, mengarut. Saya paling tak suka apabila rezeki orang lain dipertikaikan,” ujarnya.

@xtra_my

Kemenangan Datin Alyah dalam kategori Nasyid di AIM 23 sebelum ini dipertikaikan. Ini respons tuan badan 😊 #fyp #xtramy #trendingnewsmalysia #sembangentertainment #tontonmy #beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Dalam pada itu, Alyah turut berkata lagu ‘Thank You Allah’ ini banyak mengajarnya erti kesabaran dalam kehidupan, terutamanya saat negara perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan akibat berdepan wabak pandemik COVID-19.

Tambahnya lagi, Alyah mengakui jarang memenangi pertandingan nyanyian, namun dia tidak pernah mempertikaikan rezeki penyanyi lain.

“Saya jarang menang dalam industri muzik sepanjang 22 tahun, tetapi saya tidak mempertikaikan kemenangan orang. Seperti saya kata, percaya pada rezeki orang lain kerana kita hanya hamba Allah SWT, yang berada Di Atas itu adalah lebih hebat,” katanya lagi.

Terdahulu, ketua kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz memohon penganjur AIM mewujudkan kategori Lagu Religi Terbaik dalam bagi membezakannya dengan kategori nasyid yang mencetuskan kekeliruan, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Jangan Kita Eksklusifkan Nasyid Itu Hanya Untuk Penyanyi Nasyid Je…” – Hafiz Hamidun Bidas Dakwaan Ahli Kumpulan Rabbani… Pertikai Kemenangan Alyah di AIM23

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Featured Wed, 20 Aug 2025

Doa Anak Sulung Termakbul, Nina Ismail Bakal Timang ‘Baby Boy’

Jeanelle Nika Mandagie adalah  individu yang paling teruja mengenai pengumuman tersebut.

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

BAALE Bakal Gegarkan Zepp KL Buat Pertama Kali Menerusi Konsert FORTUNA

Peminat muzik alternatif di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran BAALE, alter ego muzik bintang Indonesia, Iqbaal Ramadhan menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur.

Hiburan Fri, 21 Feb 2020

Takziah, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia

Takziah diucapkan buat keluarga Dayangku Intan.

Trending Sat, 10 Feb 2018

AJL32: PENTAS AJL BERHANTU????

Pentas AJL berhantu??? Alamak! macam mana tu?

Featured Tue, 21 Jun 2022
Trending Sun, 24 Sep 2023
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Dr Say Dedah Maid Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah Dibayar

Haih macam macam zaman sekarang ni kan 😭😭

error: Content is protected !!