Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 15, 2022 @ 3:57pm

“Jangan Kita Eksklusifkan Nasyid Itu Hanya Untuk Penyanyi Nasyid Je…” – Hafiz Hamidun Bidas Dakwaan Ahli Kumpulan Rabbani… Pertikai Kemenangan Alyah di AIM23

Bekas ahli kumpulan nasyid UNIC, Hafiz Hamidun tidak bersetuju dengan pandangan dan pendapat salah seorang ahli kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang berpendapat kategori nasyid yang dipertandingkan di majlis anugerah seharusnya dikhususkan kepada penggiat seni nasyid sahaja.

Sebagai seorang penyanyi dan komposer yang lama berkecimpung dalam industri nasyid, Hafiz terkejut dengan kenyataan diberikan Azadan.

Menurut Hafiz, lebih baik jika orang ramai meraikan semua pengkarya untuk terlibat dalam kategori muzik ketuhanan itu.

“Pada saya tak semestinya… Saya pun terkejut apabila ada kenyataan macam tu. 

“Pada saya kalau kita kata macam tu kita dah deny orang lain untuk nyanyikan lagu nasyid.

“Jadi kalau macam tu, Rabbani tak boleh nyanyi lagu patriotiklah… sebab Rabbani bukan penyanyi lagu patriotik? Tak bolehlah kata macam tu.

“Terus terang saya katakan, saya suka kalau jangan kita eksklusifkan lagu nasyid hanya untuk penyanyi nasyid sahaja. Kita invite semua orang tak semestinya dia tidak berimej bertudung dia tak boleh menyanyi lagu ketuhanan. Jangan kata macam tu kerana syurga tu untuk semua orang,” katanya kepada XTRA.

Bagaimanapun, sebagai seorang komposer lagu dan orang lama dalam industri nasyid, Hafiz memaklumkan beliau agak terkejut dengan kenyataan yang diberikan, kerana ia seolah-olah menafikan orang lain untuk menyanyikan lagu nasyid.

Bahkan, adalah lebih baik jika meraikan semua pengkarya muzik untuk terlibat dalam kategori muzik ketuhanan itu.

“Pada saya tak semestinya… saya pun terkejut apabila ada kenyataan macam tu. 

“Pada saya kalau kita kata macam tu kita dah deny orang lain untuk nyanyikan lagu nasyid.

“Jadi kalau macam tu, Rabbani tak boleh nyanyi lagu patriotik lah… sebab Rabbani bukan penyanyi lagu patriotik? Tak boleh lah kata macam tu.

“Terus terang saya katakan, say asuka kalau jangan kita eksklusifkan lagu nasyid hanya untuk penyanyi nasyid sahaja. kit apatut invite semua orang tak semestinya dia tidak berimej bertudung dia tak boleh menyanyi lagu ketuhanan. Jangan kata macam tu kerana syurga tu untuk semua orang,” katanya kepada XTRA.

Hafiz ditemui pada sidang media Konsert REUNIC Live In Concert The Finale See You Di IPT The Musical yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas isu tersebut, Hafiz menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli kumpulan Rabbani itu sebagai pandangan peribadinya ,namun lebih baik jika setiap pendapat yang diberikan terutamanya di media sosial perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak mendatangkan kesan yang negatif terhadap mana-mana pihak.

“Mungkin maksud tu terlalu personal untuk dia kan? Saya faham mungkin antara faktor Rabbani pun ada hantar pencalonan juga.

“Tapi bagi saya, saya tak bersetujulah dengan pendapat tu. Jangan kita eksklusifkan nasyid tu hanya untuk penyanyi nasyid sahaja. 

“Saya ni pun, amat berhati-hati bila nak berkata-kata. Kadang-kadang nak beri pandangan dekat Twitter pun saya sangat berhati-hati kerana takut akan memberi kesan pada masa akan datang ,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Oct 2024
Trending Thu, 25 Aug 2022

Konsert Terakhir Sebelum Pembedahan, Zamani Tak Raih Simpati

Penyanyi popular, Zamani, 51, memberitahu dia bukanlah mahu meraih simpati peminat malah berusaha mencari dana sendiri sebagai ikhtiar membiayai kos pembedahan penyakit skoliosis (tulang belakang bengkok) yang dihidapinya. Bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged […]

Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Cakra Khan Kembali Gegar Malaysia, Singapura Dengan Konsert ‘Divine’

Cakra Khan Divine konsert Plenary Hall, KLCC dan Singapura

Hiburan Wed, 19 Jun 2024

“Orang Yang Dulu Kata Suka Kita, Nak Mengorat Pun Lesap” – Diuji Dengan Sakit, Zara Zya Sedih Hilang Rakan Baik

Tak apa Zara, Allah tunjuk siapa yang ikhlas berkawan dengan kita ❤️❤️

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Watak Antagonis Buat Ellyas Terkejut

Watak Johan boleh dikatakan mencabar kerana saya perlu melakukan aksi seperti menjerit dan menengking wanita walhal saya bukan begitu orangnya…

Hiburan Tue, 8 Oct 2019
Trending Thu, 3 Jan 2019

Kenapa NASA Tarik Balik Kenyataan Tentang Ancaman NT7?

NASA sebelum ini meramalkan sebuah Asteroid gergasi bakal menghentam bumi pada 2019.

error: Content is protected !!