Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 25, 2022 @ 2:25pm

Konsert Terakhir Sebelum Pembedahan, Zamani Tak Raih Simpati

Penyanyi popular, Zamani, 51, memberitahu dia bukanlah mahu meraih simpati peminat malah berusaha mencari dana sendiri sebagai ikhtiar membiayai kos pembedahan penyakit skoliosis (tulang belakang bengkok) yang dihidapinya.

Bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang akan berlangsung di Zepp KL pada 30 September ini, Zamani menganggap itulah cara terbaik buat dirinya.

“Sebenarnya kalau nak kata konsert ini terlampau dirancang atau terburu-buru pun tak juga kerana segala-galanya timbul secara spontan sebelum Datuk Aznil Nawawi kumpul dana. Paling baik ialah cara kita bagi balik untuk peminat. Jadi, yang terbaiknya saya fikir ialah adakan konsert ini. 

Tambah pelantun lagu Gerimis Mengundang ini, dia bakal tampil solo sahaja di konsertnya kerana Slam juga akan tampil dengan konsert unplugged awal tahun depan.

“Kalau boleh saya tak nak momentum mereka terganggu dengan konsert ini,” katanya.

Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani bin Ibrahim, dia menganjurkan konsert tersebut hanya semata-mata untuk bertemu dan menghiburkan peminat setianya.

“Memang saya buat semata-mata nak jumpa peminat. Jika konsert unplugged Slam saya tak boleh beraksi, saya dah jumpa peminat.

“Saya pun dah cakap dengan Shah (pemain gitar Slam) kalau berlaku apa-apa kemungkinan. Namun, doakan yang terbaik buat saya.

“Bolehlah saya katakan ia adalah kali terakhir saya jumpa peminat sebelum pembedahan,” katanya.

Disoal mengenai pendapatnya apabila tabung dana diwujudkan oleh Pak Nil, Zamani berterima kasih kepada Pak Nil kerana menganggap itu tanda orang menyayanginya.

“Alhamdulillah saya terima sumbangan ini. Kalau saya tak terima pun tak patut rasanya. Tapi apa yang dirancang ini tetap diteruskan.

“Berkenaan risiko yang dihadapi, sebelum ini saya jelaskan yang ia 70 peratus atas kerusi roda dan 30 peratus berjaya. Peluang sebenarnya hampir 100 peratus untuk saya sembuh. Risikonya sangat kecil, cuma saya kena pastikan buat pembedahan guna teknologi baru,” jelasnya.

Sebelum ini, Zamani memberitahu bahawa pembedahan dijangka dibuat pada November ini dan kini dia sedang membuat pilihan hospital yang sesuai.

“Ada dua pilihan samada Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) atau ALTY Orthopaedic Hospital. Selepas pembedahan, sekiranya antibodi dan keadaan saya kuat, dalam tempoh dua minggu saya dah boleh bawa kereta.

“Kalau kondisi saya lemah, darah dan antibodi tak kuat, mungkin makan masa untuk sembuh. Tempoh paling lama ialah enam bulan,” katanya.

Penyanyi yang mula aktif sejak tahun 1991 itu membayangkan jika keadaannya baik dan bersedia, dia akan meneruskan semula aktiviti nyanyian kerana tidak mahu berehat terlalu lama.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Hiburan Wed, 12 Oct 2022
Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Gaya Percakapan Sengaja Tiru Fazura Sejak Tular, Wanita Ini Tampil Beri Respons – “Ini Tuduhan Tak Berasas”

Amboii, jahat mulut ek 😌 Tapi laju betul followers kembar Fazura ni naik dari 800 sekarang dah cecah 50 ribu! 🎉🤩 Mantap! 👏🏻

Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

Featured Mon, 7 Apr 2025

Sebutan Semula Kes Dadah Along Cham Berlangsung 24 April Ini

Menurut peguam yang mewakili pelawak itu, Zaleha Al Hayat, sehingga kini hanya dua dokumen telah diserahkan oleh pihak pendakwaan.

Trending Mon, 26 Jul 2021
error: Content is protected !!