Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 8, 2023 @ 4:27pm

Luah Rasa Simpati, Neelofa Bangga Kaka Azraff Kekal Pendirian Lantang Bersuara Isu Palestin

Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa simpati terhadap rakan artis, Kaka Azraff yang menerima kecaman hebat susulan kelantangan bersuara mengenai isu Palestin di media sosial, baru-baru ini.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berbangga dengan penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu yang teguh memperjuangkan pendapatnya.

“Sudah tentu saya kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Kaka. Bagaimanapun, pada masa yang sama, saya berbangga kerana dia teguh dengan pendirian bersuara demi Palestin.

“Sebab kalau kita lihat, bukan sahaja Kaka, figura antarabangsa yang lebih besar seperti pengasas Huda Beauty lantang di media sosial. Malah sehingga sekarang, dia masih melakukan perkara sama dan pandangannya tidak berubah,” katanya.

Neelofa ditemui di majlis perlantikan dirinya sebagai duta stoller jenama antarabangsa Hamilton di ibu kota, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Terkejut Apabila…” – Dilantik Duta ‘Hamilton by Yoop’, Berniqab Bukan Halangan Neelofa Disambar Jenama Antarabangsa

Dalam pada itu, bekas pengacara Nona TV3 itu juga percaya ada sesuatu yang baik menanti Kaka di masa akan datang.

“Saya percaya, jika Kaka menerima kecaman pihak sana, saya tidak terkejut kerana mereka sudah melakukan perkara serupa kepada orang lain.

“Tapi untuk Kaka berseorangan melalui situasi itu, saya simpati dengan dia, tapi saya percaya khazanah Allah sangat luas dan besar. Pasti ada sesuatu hikmah baik untuk Kaka di masa hadapan, Insya-Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Penjelasan Soal DM Berbaur ‘Anti-Jews’, Kaka Azraff Akui Terkilan Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Terdahulu, kelantangan Kaka mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin menyebabkan nama ibu anak tiga itu tersenarai dalam sebuah akaun Instagram di bawah nama Jew Hate Database.

Tangkap layar mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu juga ditularkan di hantaran Instagram akaun tersebut.

Akaun terbabit turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Aliff Syukri Nyanyi Nasyid, Sajat Pula Nak Bina Masjid

Alhamdulillah, semoga masjid yang dibina ini mampu menyucikan hati-hati netizen diluar sana

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Wed, 16 Apr 2025
Featured Tue, 9 May 2023

“Tepuk Dahi, Fikir Sendiri” – Titip Nasihat, Nora Ariffin Minta Pastikan Niat Untuk Kahwin

Bila niat purely kerana Allah, In Sha Allah dilorongkan keberkatan & kebaikan sampai bila-bila – Datuk Nora Ariffin

Filem Fri, 17 Apr 2026

Gayong 2 Terus Raih Pujian, Penonton Puas Hati Dengan Aksi & Emosi

Filem Gayong 2 terus mencuri perhatian apabila menerima pelbagai maklum balas positif daripada penonton sejak hari pertama tayangan.

Trending Mon, 26 Oct 2020
Featured Wed, 23 Apr 2025

“Kekuatan Saya Adalah Isteri” – Edika Yusof Nafi Kasari Nor Hidayah, Anggap Tuduhan Sebagai Penghinaan

Tuduhan yang diberikan isterinya dalam permohonan cerai yang lalu dianggap keterlaluan dan turut satu bentuk penghinaan.

error: Content is protected !!