Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2025 @ 4:30pm

“Kekuatan Saya Adalah Isteri” – Edika Yusof Nafi Kasari Nor Hidayah, Anggap Tuduhan Sebagai Penghinaan

Pelakon Edika Yusof menafikan dakwaan kononnya dia telah mengasari dan berlaku curang terhadap isterinya, Nor Hidayah Yusri sehingga menyebabkan perceraian antara mereka.

Kata Edika ketika ditemui usai prosiding kes cerai yang berlangsung, tuduhan yang diberikan isterinya dalam permohonan cerai yang difailkan pada Februari lalu dianggap keterlaluan dan turut dirasakan sebagai satu bentuk penghinaan.

“Setakat ini perbicaraan dah jalan dan isteri saya memang nak cerai jadi saya pun bersedia melafazkan dan oleh sebab dia tak suci harini and prosiding akan dibawa pada bulan depan iaitu pada 5 Mei.

“Dan pada 5 Mei itu saya bersedia melafazkan.

“Masa prosiding tadi apa yang diberikan pada saya memang keterlaluan. Kadang-kadang maksud kita lain tapi dianggap lain. Saya tak boleh paksa. Tapi bila saya ada buat salah, saya minta maaf..nak buat macam mana kan? Saya manusia biasa.

“Lagipun ini adalah pertama kali saya ke mahkamah, jadi saya tak biasa. Kerana ini merupakan perkahwinan kali kedua isteri saya, saya pertama. Jadi mungkin dia berpengalaman (cerai).

“Saya cuba mempertahankan tapi kalau dah tak boleh, tak apa lah.

“Itu dakwaan dia tapi kadang-kadang sebagai suami kita menasihati cuma mungkin baginya keterlaluan kita tak sedar. Dan bagi saya kalau benda kecil begini mungkin boleh berbincang untuk settle kan masalah ni.

“Jadi, mungkin dia pun dah pendam benda ni lama, mungkin saya pun salah dan masalah dia ni pun makin lama, makin kronik,” katanya.

@xtra_my “Saya bersedia melafazkan” – Edika Yusof Edika Yusof memberi keterangan dia akan melafazkan cerai pada bulan hadapan kerana ketidak sucian isterinya pada harini ini. #cerai#viral#terkini#endikayusof#artis#malaysiakini#panas ♬ original sound – XTRA

Dalam pada itu, Edika Yusof menjelaskan, sumber kekuatan yang diperolehinya selain dari kasih sayang adalah isterinya.

“Kekuatan saya ialah kasih sayang, kekuatan saya daripada isteri saya lah. Dia pun seorang isteri yang bagus dan baik. Kita bukan perfect cuma kita cuba yang terbaik setiap hari.

“Sebagai seorang suami, seorang bapa, sebagai seorang caretaker, yang menjaga wife, ibu syaa menghidap kanser, ibu wife saya (kanser) dan adik saya seorang orang kelaian upaya (OKU)

“Menyesal tu ada, tapi kita nak tengok mana yang boleh diperbaiki,” jelasnya.

@xtra_my “Kekuatan saya kasih sayang,kekuatan saya ialah isteri saya” – Edika Yusof Edika Yusof mengatakan tidak mengasari isterinya tetapi menegurnya sebagai seorang suami. #cerai#viral#terkini#endikayusof#artis#malaysiakini#panas ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

Kaki Terseliuh, Anggota Kugiran Masdo Bertongkat Atas Pentas?

Mungkin terlalu penat membuat persiapan konsert, saya hilang fokus dan terseliuh sedikit, itu yang jadi macam ni…

Trending Fri, 12 Jul 2019

Alamak…Jurukamera ‘Seriau’ Kena Kacau Maknyah!

Adoi, nasib baik takde apa-apa jadi wak!

Trending Thu, 4 Mar 2021

Semua Pawagam Dibuka Semula Bermula Esok

Mesti ramai yang tak sabar nak pi tengok movie kan??

Trending Mon, 2 Jul 2018

“Dear Najib, Racial Politics is So Yesterday…”

Netizens are responding to Najib’s racial statements.

Trending Wed, 30 May 2018

Elak Masalah Gangguan Seksual, Arab Saudi Perkenal Undang-Undang Baharu

Antaranya adalah hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sebanyak 300,000 riyal (RM318,126), kepada pesalah jika sabit kesalahan.

familuv Mon, 30 Jul 2018

10 Kebaikan Membedung Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Bayi yang dibedung lebih lena tidur berbanding bayi yang tidak dibedung.

Trending Sun, 14 Sep 2025

Cuba Teka: REAL Ke AI? Kempen REV Media Group Dedah Betapa Sukar Bezakan Yang Asli Dengan Janaan Teknologi

REV Media Group tampil dengan kempen interaktif “REAL ke AI?” yang mengajak rakyat Malaysia menilai sendiri ketajaman mata dan telinga mereka.

Trending Wed, 29 Aug 2018

Sri Pentas Terima Ancaman Bom, 200 Kakitangan Kosongkan Bangunan Serta Merta

Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi.

error: Content is protected !!